Find The Way..

andai ada peluang~

5:46 PM
salamun salam~

mari saya ceritakan untuk anda kisah seorang teman/kawan/sahabat...

nama sahabat ini ialah hafiz bin zainuddin..
detik perkenalan kami ditakdirkan allah untuk bertemu di dalam sebuah program perkemahan kadet laut zon tengah pada pertengahan tahun 2004..

seawal perkenalan kami..

saya awiz dari hisamuddin kg. jawa..
saya hafiz dari sam J- sek agma jeram..
awiz:biasa berdayung canu??
hafiz:ana mg suka game menggunakan tangan
dalam hati saya:
dia sangat sopan-tawadhu'-manis dengan senyuman persis jawa-sukan kegemaran dia canu..??


awal tahun 2005
sesi sekolah sudah pon bermula-di hari yang pertama
sewaktu membeli twigies di kantin

name-X:hahh!!(disergah)
awiz :woooo(respon-nasib baik tak melatah)
awiz:eehhh...HAFIZ!!!pe enta wat kat sek nih??(bersalaman-peluk)
hafiz:haaaa...HAHA..kantoi beli apa ni..hee..alaa xkan la datang sini nak mohon kerja kantin kot..
awiz:ehehe...betul jugakkan...eh abis tuh??enta bukan thn lepas f5 ke??
hafiz:mg laa..ni masuk STPM laaa..kita da jadi satu sekolah la skg..ngee

dia masih seperti dahulu-kalamnya pasti menggembirakan teman2nya-
senyuman manis itu~


petang itu..
hafiz : awiz jom main badminton dengan ana jom!!
awiz :main badminton??bleh gak ..tp petang nih dah bajet nak main bola la..esok2 k??
hafiz :okay(bersama senyuman trademark die)

*pertandingan sukan sekolah
dia menang dalam acara regu

main pula untuk zon untuk ke negeri
dia memang berbakat

hari berikutnya
awiz : eh hafiz knp gelabah smcm ni?nak gi mane?jom a petang nih main badminton skali.ok??
hafiz :.eh..eh ko..sorri la wiz..ana ptg nih nak kene balik rumah la..nanti lah ye bile2.tak pe kan?
awiz :okay..nanti2lah ye(dalam hati)

sesi sekolah tahun 2005 pon tamat diikuti dengan 2006

saya ke STAM di HIDAYAH IPOH..hafiz pula masih tahun kedua STPM di hisamuddin..masing2 membawa hala tuju sendiri..tentang keinginan bermain badminton dengan hafiz tak menjadi sebutan lagi..its ok~


2007-saya ke mesir,hafiz pula ke USIM di Nilai buat syariah juga...sehinggalah kini tahun 2009:

*tiada sebab untuk kami bertemu kembali..segalanya terus kekal mengembalikan kenangan bersama seorang sahabat yang bernama hafiz ini..tersenyum dan tergelak kecil juga ada pabila mengimbau kenangan itu..

*aku dalam sangkaanku menyangka mungkin satu hari nanti kita kan bersua kembali untuk bertemu dan berentap dalam gelanggang badminton itu...tapi sangkaanku hanyalah sebuah sangkaan...meleset!!hurm...

dia...hafiz zainuddin sudah tiada lagi..."berita itu" sangat merobek dan menghiris riak hati ini..aku baru sahaja menyangka akan ketemuan...tp Allah lebih sayangkan dia daripada diri ini..apakan daya..

"pertemuan itu"-"gelanggang itu" -"senyuman itu"
sahabatku..ampunkan atas kelewatan ini menjemputmu sebelum kau bertemu dengan tuhanmu..

andai ada peluang~hurm

ampunkan diri ini..



HAFIZ ZAINUDDIN

STPM 05/06
hisamuddin kg.jawa
telah kembali ke rahmatullah pd hari sabtu 28.3.09 pada pukul 3 pagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya..ALFATIHAH

*semogakan bertemu lagi dalam lingkungan orang-orang yang beramal soleh.ameen..terima kasih wahai sahabat..

Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz
Read On 1 comments

orang itu mati dalam kehidupannya~

12:10 PM
M.A.T.I!!
bukan mati akal
bukan juga mati handpone
tapi ini adalah mati yang memisahkan roh dan jasad...


iya bagi jiwa yang berjasad pasti akan merasai saat ini..pernahkah anda melihat orang mati?pernahkah anda berhadapan dengan saat kematiaanya??seram sejuk...berderau darah..itu kata mereka..anda??-tiada perasaan?hurm..

*hisablah diri kamu sebelum kamu didatangi ALLAH utk dihisabkan* -taubat selagi mana sempat-

namun pernahkah anda melihat orang hidup tapi seakan-akan mati jasadnya?, jangan pelik kerana orang semacam ini banyak dan terus melata.
Walaupun ia benafas, makan dan minum tetapi jangan disangka riang dan seronoknya dusta kerana adanya jasad tetapi mati hatinya.kehidupan yang sebenar ialah kehidupan hati. Hati
yang bangkit bersama temannya iman dan taqwa..hatilah tempat lahir ketakutan kepada Allah, bertawakkal, dan bergantungharap kepadanya. Inilah kehidupan.kehidupan yang senantiasa hidup dan subur dengan hati-hati yang gersang mendapatkan iman sebagai nakhoda.

Suatu hari Ibrahim bin Ishak-r.a- malalui sebatang jalan di pasar Basrah, lalu orang ramai mengkerumuninya dan mereka
bertanya kepada beliau, wahai Abu Ishak kenapakah doa kami tidak dimakbulkan?. Beliau menjawab: kerana hati anda mati disebabkan sepuluh perkara:

Pertama: anda kenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya

Kedua: anda sangka diri anda cintkan Rasulullah s.a.w. tetapi kamu maninggalkan sunnahnya

Ketiga: anda membaca al Quran tetapi tidak beramal dengannya

Keempat: anda makan nikmat Allah taala, tetapi tidak bersyukur kepadanya
Kelima: anda mengatakan syaitan musuh anda sedangkan anda mengikuti jejak langkah mereka

Keenam: anda mengatakan syurga itu benar tetapi anda tidak berkerja untuknya

Ketujuh: anda mangatakan neraka itu benar tetapi anda tidak lari darinya

Kelapan:anda mengatakan MATI itu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya

Kesembilan: anda bangkit dari tidur dan sibuk dengan keaiban orang lain anda lupa aib diri anda sendiri

Kesepuluh: anda mengebumikan orang yang mati dikalangan anda tetapi anda tidak ambil pengajarannya.

jadi apakah yang dikau cari dalam kehidupan ini??saat berbaki terus dengki dengan masa yang berlalu pergi..kau inginkan Sebuah kehidupan yang mewah dan bahagia??sedangkan kau dusta dalam pengabdian kepadaNYA...

haaai sang durjana..!!

jangan kau lupa..ini adalah memorendum dari tuhanmu..
bisa kau ingat akan sejarah lampaumu..??
kau dicipta untuk ALLAH dan RASULNYA..
kau diberikan agama sebagai anutan..
alkitab sebagai pegangan..
dunia sebagai hamparan utk kau laksanakan ketaatan
bukan menyinggah utk kau penuhkan dengan kemaksiatan

kenapa tunggu lagi wahai hati yang kering kontang..
kenapa tidak kau isikan dengan air keimanan..
kau basahi setiap saatmu dengan zikrullah dan amalan


bertaubatlah wahai insan..
jangan datang malaikat izrael baru kau kebuluran.. insaflah diri ini sebelum kubur kata mari..


**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
قال تعالى :
" وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد"
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”
(surah Qaf, ayat 19)

Read On 2 comments

HK2 II ISMA

11:55 PM

salam...
aiwah..spt yg dijanjikan dalam post yg terdahulu..utk yang pertama ana akan upload ttg


HARI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISMA KE2(HK2)

tarikh : 13 march 2009
tempat:Dewan malaysia abasiyyah kaherah[ARMA]
tema :Membudayakan Warisan Bangsa,Memacu Aspirasi Ummah

menggilap potensi,ta'aruf dan mahabbah telah terbukti dalam objektif HK2 kali ini dengan membahagikan kpd 6 kumpulan :Sireh Junjung, Wau Bulan, Destar Raja, Gasing Piring, Teluk Belanga, dan Songket Emas.
--> awez kali nih jadi AJK ja..xde la merasa duk bersama ngn kumpulan..ngee

antara acara yg dipertandingkan ialah :
1.pantun4 kerat
2.nasyid
3.public speaking
4.sajak
5.kuiz
6.khat
7.pentomen
8.komik
9.iklan/montage

ini untuk anda-harap terhibur dan dapat manfaatkan ..



















kemudian diakhiri dengan kumpulan nasyid acapella dari indonesia

"DAIE NADA"






*maaf-tak semua acara dapat ana publishkan sbb kekurangan bahan tapi i.allah .jika berkelapangan ana akan updatekan yah..

Read On 0 comments

penuhi hajat anda~

4:33 AM

salamun aleykumussalam
ini sebuah entri untuk menyoroti kepentingan umrah dan haji...sedikit info untuk peringatan bersama..: KEWAJIBAN MELAKSANAKAN HAJI DAN GALAKKAN UMRAH

rindukan lambaian ka'bah

  1. Allah berfirman dalam surah Al-Haj ayat ke-27 yang bermaksud "Permaklumkanlah kepada sekelian manusia itu untuk melakukan ibadat haji dan umrah nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai (unta dan lain-lain) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh"


  2. ALLAH SWT menjadikan Kaabah sebagai Rumah Allah tempat mulia untuk dikunjungi orang ramai sebagai sebuah tempat aman dan dilimpahi penghormatan dan batu tanda bagi pelindung antara manusia selaku hamba dan penyeksaanNya.


  3. Amalan menziarahi Kaabah untuk melakukan umrah dan haji adalah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan sekali seumur hidup kepada umat Islam yang berkemampuan. Perintah wajib mengerjakan Haji termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah A-li Imran ayat 97).


  4. Al-Hasan Al-Bairi ra berkata "Bersedekah satu dirham di Kaabah akan dibalas dengan seratus ribu begitu juga setiap kebajikan dilakukan akan diganda Allah pahalanya dengan seratus ribu kali".


keindahan di malam masjidunnabawi

****** PrOmosI******


belum membuat tempahan tiket dan contact agensi penerbangan??


kalau berhajat tetapi tidak pasti caranya..


SILA BERIKAN PERHATIAN!!

bukan bercadang menjadi agen atau perantara

tetapi jika mahukan penerbangan,hotel yang selesa dan MURAH..ibadah umrah yang memuaskan..
ziarah yang santai bersama ta'abbud yang menenangkan..


hanya RM3000 (dari mesir shj.)untuk sebulan-termasuk penerbangan,hotel,ziarah mekah dan madinah juga makan

jika berminat atau sebarang pertanyaan..sila berhubung pd email ini:awiz.alan@yahoo.com

*tiada keuntungan bersih diambil dari setiap bayaran..untuk manfaat dan kepuasan kita bersama



JUJUR-AMANAH-KEBERSAMAAN : ITU PRINSIP KITA ;)


LASTLY..SAKSIKAN..
MEKKAH IN FUTURE??

Read On 35 comments

kalam berharga dari khulafa arrasyidin

4:02 AM

salamun salam...

dalam kesibukan ana sementara...entri ringkas ini sebagai mau'izhoh untuk kita bersama..

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Read On 0 comments

ISTANNA....(sebentar ya)

4:30 AM
COMING UP NEXT..

-K.S.I-
karnival sukan isma ke II

tempat ;
iskan thullab hayyu sadis
tarikh :
28 februari 2009








-H.K2-
hari kesenian dan kebudayaan

tempat :
Dewan Malaysia Abasiyyah
kaherah (ARMA)

tarikh :
13 march 2009





-EMINENT'09-

the symposium of malaysian students in tanta

tempat ;
dewan utama universiti tanta
tarikh :
14 march 2009
Read On 0 comments

jeling- jeling

5:27 PM

movie of the year awarded by AWEZ'S AWARD! maybe ramai da penah tgk cite nih
but orang cam saya nih jaranglah nk dpt tgk movie2 lg2 da kt mesir nih..

well, thumbs up 4 dis movie!!

jalan cerita yang menarik-"tema famili"
teori metafizik pd teori muzik membuktikan
muzik mampu mewujudkan gelombang pd deria sbg komunikasi antara makhluk

islam kata :Allah maha indah sukakan keindahan
-meraikan fitrah manusia-irama mampu membangkitkan emosi dan inspirasi

syara':muzik asal(harus)selagi tiada kemaksiatan dan kemungkaran(jumhur ulama)

awez pula kate : wajib tengok! - tak rugi,ada msg tersendiri,inspiring dan PUAS!!

movie: AUGUST RUST

production on 2007

achivement ;Young Artist Award

2008 Won Category/Recipient(s)

  • Best Family Feature Film (Comedy or Drama)
  • Best Performance in a Feature Film - Supporting Young Actor - Fantasy or Drama (Leon Thomas III)
Read On 0 comments

mereka adalah kita

3:29 PM
salamz..
suka ingin berkongsikan sedkit cerita dan info

pernah ditanya ketika sibuk memerhatikan buku di pesta buku

akh: eh enta kenal tak said hawa..??ikhwah pernah cerita kt ana sikit tentang dia..kalau enta kongsikan info skit tentang die bleh tak?

awez: um??ahaa...enta nih..wat ana segan je..enta lg awal kenal dakwah dr ana.huhu..ok2..tp ana tak bape tahu sgt biogrofi die..yang ana tahu said hawa nih ulama dari syria dan merupakan ulama mujahidin yang sufi,pernah sempat berguru dengan mustafa sibaie..buku2 die pon byk kpd pembersihan hati,akhlak dan juga pembentukan peribadi rijal dakwah..eh alang2 kite dah kt pesta buku nih..apa kate kite cari buku die sikit...amcam??

akh :Oooo..erm??betul gak ok2...jom2..

anyway ini adalah perbualan kami 2 minggu yang lepas..

selepas mendapat sedikit info tentang diri beliau
rasa terpanggil utk ana kongsikan sedikit info(kalau ada kurang or silap sila bgtahu ya)


SHEIKH SAI'D HAWWA'

Syaikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa
lahir di kota Hamah, Suriah, tahun 1935.
Ia berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Ia pindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang berani yang berjihad melawan perancis.

Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar SMU.

Said Hawwa berguru pada beberapa syaikh di Syiria. Diantaranya Syaikh dan Ulama Hamah, Syaikh Muhammad Al Hamid, Syaikh Muhammad Al Hasyimi, Syaikh Abdul Wahab Dabas, Syaikh Abdul Karim Arrifa’i, Syaikh Ahmad Al Murad dan Syaikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain2.

Tahun 1961 ia lulus dari Universiti Syiria, megikuti kursus ketenteraan sebagai perwira tahun 1963, menikah tahun 1964, dan dikurniakan empat orang anak. Said Hawwa memiliki karya tulis seputar dakwah dan gerakan, yg diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain. Diantara karangan yg telah diterbitkan :
-Allah Jalla Jalaluhu Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
-Al islam
-Al asa fit tafsir T
-arbiyatuna Arruhiyah
-Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan dan lain-lain

Merupakan guru dan naqib kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS hari ini

so begitulah pengenalan ringkas terhadap salah seorg dari aktivis dakwah yang sanggup menjadikan keseluruhan kehidupannya KULLU HAL LILLAH..

makanya
mengenali kepribadian mereka perlu untuk mengenali manhaj dakwah mereka










ikhwah dan akhwat,

mereka sudah pon membuktikannya pd ALLAH dan rasulnya

bagaimana pula kita..?

apakah cukup beerti sekadar nilai tarbiyah yang dilalui saban hari??

makanya apakah entiti dalam pembuktian pengabdian diri mendapatkan redha ilahi?

hadirnya mereka sgt dirasai perginya mereka juga sgt dinanti2kan pengganti

siapakah yang bakal menjadi pengganti risalah ilahi kalau bukan kita

ya kita..kalau pon mereka..mereka adalah kita..

*muhasabah-thabat-mara*

Read On 0 comments

iman-apakah reaksinya..?

9:22 AM
salamz...
2 minggu sudah pon berlalu
ini tandanya kuliah dah start
pastinya niat dan azam mula diperbaharui
agar hadam ilmu menjadi pengamal dan pembela sejati


well..
difikirkan banyak aja nak diceritakan
tapi mood masih di tahap "mendatar"
ntah la..diuji atau dijauhkan...??
allahumma thohhir qalbi 'ala waswasi min syaitanirrajeem

menyingkap tragedi demi tragedi di gaza-palestin-di mana2
imbas beberapa ketika..
sebuah syair ;

atardho ma'a qaumin bizad..wa antum bighayri zad? ?
(apakah kamu redho dengan kaum(musuh) selainmu kian bertambah
dan kalian pula tidak bertambah..??

makanya..di manakah buktinya ungkapan saindina umar r.a
nahnu qaumun a'azzanallahu bil islam
(KITA KAUM YANG DIMULIAKAN ALLAH DENGAN AGAMA ISLAM )

ikhwah dan akhawat;

aina antum fil 'amalikum??
di manakah kalian pada amalanmu??
apakah cukup dengan melaungkan rasa kebencian dan melontarkan pelbagai teori..

dan yang paling menakutkan sekali

hal nahnu minal 'amaliyun aw mutasaqitun..??
apakah kita dari kalangan orang yang beramal untuk mengangkatkan agama atau orang2 yang beramal untuk menjatuhkan agama..??nauzubillah..



cukuplah*
terlampau banyak ruang fitnah jika banyak berkata tapi tiada langsung zahirnya pada amalan.


makanya jadilah*
umpamanya arang yang marak membakar
bukannya
arang yang hanya terasa bahang dan menanti terpadam

praktikalnya*
kembalilah kamu kepada allah dan rasulnya

anutilah agama yang ditinggalkan nabi s.a.w selengkapnya

peganglah seeratnya kitabullah a'la

kun fiddunia mukminan haqqan wa IKHWANAN

optimislah di jalan dakwah ini dan yakinlah

kerana apakah kita meyakini stinggi gunung pon iman mampu berakhir dengan selautan pahala amal..??


*beribu-ribu dimatikan-melahirkan beribu-ribu pengganti*

apakah kita meyakini kita dilahirkan menjadi pengganti..??

untuk akhirnya..cuba hayati klip video ini..

kerana beginilah nasib mereka..

Read On 0 comments

LAGU TEMA ISMA

4:00 AM

salamz..
sekadar berkongsikan
-LAGU TEMA ISMA-

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Read On 5 comments

di januari..

9:37 AM

alhamdulillah sekian lame tak mengupdate
agak "hilang serinya" nk update..

anyway sedikit perkongsian
sepanjang bulan januari
1.makrod kutub(pesta buku)

er....tp inilah hakikatnya....:

tepat selepas solat jumaat kt masjid dekat2 ngn makrod kutub
inilah senarionya....

peeerghh...mcm ramai je




ya gamaah!!biirrahaah!!

wahai kalian!!take it easy man!!!

asak-asak..himpit-himpit
ya allah mcm jemaah haji nak cium hajarul aswad je

berasak2 dekat 30minit...maka akhirnya...
WHAT??!
hanyalah sekeping kertas yg harganya 1geneh
hey...xberbaloi langsung berhimpit2 utk dptkan sekeping kertas ini??

tak pelah..jom2 masuk da dpt tiket nih..hari pon da mula panas

ahaaaa..??

kene beratur lg la amar..huhuhu

xpelah amar..apalah sgt nk dibandingkan dgn sabarnya rasul2 ulul azmi..
-dzikir-renung-

da2 jom masuk..



erm??trak polis pon ada..??
ada nk wat demostrasi ke?yang pastinya mg akan ada ramai ikhwan time nih..
xpelah..jgn xpsl2 kene tahan sudah

jalan ke hulur ke hilir..
best gak if dpt rehat mcm.....family nih..

(merasakan kebahgiaan itu pd kebersamaannya institusi kelurga)

anyway..sibuk2 tgk n beli buku pon...solat pasti dan mesti on time..

*kekuatan iman dan jemaah muslimin itu pada kuatnya hubungan
dengan allah ta'ala dan satu sof dlm solatnya..*


oklah..4jam dah ckup lama nih..malam ni nk jumpa seorang
yang sangat2 istimewa..


2.meeting my dad!!
info : ayah datang ke mesir selama seminggu bersama deligasi PAS yg lain termasuk tuan guru hadi awang bersama 6 ahli parlimen yg lain bagi tujuan menghantar bantuan kpd mangsa2 di GAZA..
maka tak heran la dapat berjumpa dgn ayah hanya selama 10minit!!huhu
but seriusly a couple minute with my dad is da priceless time

hurm..agak2 bila la ibu & adik beradik nak dtg sini pulak..

so berakhirlah perjalanan musim sejukku di kaherah di januari..
tiada ke sinai-tiada pula menangkap kerang

"hanya masih tegar utk bisa menjadi insan yg lebih berharga"
Read On 0 comments

10,000 ++!!

6:36 AM
alhamdulillah wa syukrulillah

kali ni sempat lagi untuk menjengah bagi mengupdating blog nih
w.pon da bertekad nak fokus for exam..but naluri untuk berkata stop sangat
menyalahi tatasusila kita sebagai al-akh kpd ikhwah kita yang lain
tambahan keadaan ghaza kini sangat2 meruncingkan..

well..hakikatnya ana sedang menantikan respon sahabat2 dari malaysia
bagaimana muzhoharat(demo-rapat umum) baru-baru ini..
namun hanya mampu mendapat sedikit reaksi berita directly download dari aljazeera.net





ALFUN MABRUK ALEYKUM...!!FA ISTAWU BIJAMATIN ISTAMIRRAN DAIMAN..!!

inilah kesegaran permulaan yang kita sama-sama perlu untuk mampan dalam bergembeling tenaga..bagi menunjukkan pada dunia di manakah izzah kedudukan agama kITA-ISLAM

ini pula show dari bro.muadz-AMRULLAH

semangat sungguh abg ku ini..mantap2.

SEKADAR RENUNGAN TEGAS BUAT KITA BERSAMA DENGAN KATA-KATA AGUNG OLEH BAGINDA S.A.W :

من مات ولم يغزو ولم يحدث نفسه بالغزو مات ميتة الجاهليه
"sesiapa yang mati, dan tidak pernah pergi berperang.. dan tidak juga pernah berniat untuk berperang..
maka matinya mati JAHILIYYAH".

MAKA PASTIKAN I'TIKAD KITA BESERTA AMAL SELARI DEMI MENGANGKAT
MARTABAT KITA SELAKU HAMBA KPD ALLAH DAN JUGA KEPADA AGAMA INI..

-tiada istilah noktah dalam perjuangan-
****************************
huuuuh..baru agak tenang untuk nak teruskan study cani..hee
so bagi mereka di ghaza dan sekitarnya-kami akan terus bersama anda
bagi di malaysia pula..jangan berhanti dan teruskan langkah usaha anda
dan bagi ikhwaا-akhwat di mesir-w.pon berdekatan dengan negara jiran ghaza dan jauh pula
dengan tanah air malaysia-kita mungkin tidak mampu untuk turut bersama dengan mereka di sana...maka buktikan kpd ummat bhw exam yang sudah pon bermula adalah medan yang terbaik dan juga hadiah buat mereka di luar sana...

jangan putuskan ikatan doa antara kita..
نحن نهتم بك يا غزا


*****************************************************
suara rapsodee berhenti buat seketika.doakan kami di sini.



dan pesanan untuk sahabat sbg tips exam..:
اتق الله - واخلص النية له - ويفتح الله عليك, ويعلمك ما لم تكن تعلم وييسر لك طريق النجاح والتفوق- يقول رسول الله (ص):
عليك بتقوى الله فاءنها جما كل خير

.

Read On 1 comments

mY pLayLisT


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..