Find The Way..

1 januari + maal hijrah = kembali kepada fitrah

1:36 PM

salamun salam..
apa khabar semuanya..rasanya sudah genap 2 bulan tak update blog ini..iya..bukan sengaja meninggalkan blog ini daripada diisi..tetapi ada perkara yang lebih diutamakan untuk mengisi..moga kalian masih segar dalam pemeliharaan Allah dan senantiasa dalam mood mengajar redha-NYA dalam pelbagai tuntutan di sana..

كل عام وأنتم بخير . فأجاب السامع : وأنتم بألف خير

2010 BERMULA... :
1 januari.awal tarikh dalam setahun.lazimnya tarikh ini menjadi pusingan keramat bagi setiap insan untuk memastikan kehidupannya lebih baik daripada sebelumnya..dan kesedaran ini adalah kesedaran fitrah..fitrah yang mahukan kebaikan dan pembaharuan dalam diri..namun wajarnya fitrah itu suci..ketahuilah idola terbaik kita sepanjang zaman(s.a.w) tidak akan memulakan sesi paginya(hari yg baru baginya) tanpa istighfar(memohon ampunan daripada Allah) dan ketundukkan "agar" suluhan barakah itu kekal dalam setiap langkahan pembaharuan..

"sama-sama kita mohon keampunan daripada allah ta'ala agar azam dan juhud kita bermula dengan permulaan yang suci-kembali kepada realiti fitrah"

''كن على يقين بأن التغيير الحقيقي يبدا اولا من داخلك انت
pastikan perubahan yang hakiki itu bermula dalam diri anda sendiri..
(Thoriq suwaidan dalam buku hamasaatun najah)

istighfar+ planning + du'a =...?...(sejarah anda)

1.januari

adalah hari yang paling bertuah buat insan yang bernama AYAH..hadirnya ke muka bumi menjadi hero buat kami semua..

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
setiap anak dilahirkan di dalam fitrah(islam),kedua ibubapanya
yang menjadikan nasibnya yahudi,nasrani dan majusi(riwayat Bukhari)

dan alhamdulillah..walaupon ayah bukanlah dibesarkan dalam suasana tarbiyah ruhiyah sebaliknya askariyah(tarbiyah atok ahmad :) )..namun didikannya kepada kami sudah mencakupi segala aspek itu..kerana itulah kami jadikan AYAH sebagai pilihan HERO kami.hero di antara hero-hero agung yang membawa kami kepada asolah fitrah(islam).HERO kepada rakyat dan ummah..

peribadinya yang disegani menjadikan HERO kami sangat istimewa

kini dia bukan lagi milik kami sepenuhnya..hampir separuh kudratnya telah dicurahkan kepada rakyatnya..iya,amanah itu menjadikan AYAH lebih matang dalam setiap tugasnya..bolehkah anda bayangkan seorang ayah berkongsi waktu malah membahagikan waktunya cukup adil untuk semua dan saksama?subhanallah...lihatlah beberapa gambar khas untuk ayah :)

dialah imam kepada keluarga dan rakyatnya

dialah HERO kepada 7anak-anak,4menantu dan4 cucu
(me and gio aren't in da pic)


dialah seorang ayah dan suami yang romantis :)
bersama ibu tersayang.. ^ ^


dialah HERO kepada rakyatnya
baginya ada hak kepada rakyat

dan juga hak kepada teman-teman
kenyang dengan memikirkan isu-isu ummah :)


lihatlah :di hari pertunangan adikku,
sejam sebelum majlis bermula-sempat lagi tuu~ :D

bagi yang tidak mengenali HERO kami..mungkin akan kata DR. TEGAS dan jarang SENYUM..
*ralat..HERO kami murah dalam menguntumkan lirikan senyuman itu..bahkan nilainya penuh erti kerana seyumannya adalah pada kepuasan lengkapnya sebuah amanah.. :)

bak kata saidina umar r.a bagaimana aku boleh senyum sedangkan dibelakangku masih ramai lagi umat muhammad s.a.w kufur dan menyekutukan Allah..

inilah senyuman HERO kami
senyuman yang menyerikan setiap pelusuk dunia :)


adakalanya "meriah" dan melucukan :D

yang paling penting HERO kami
tetap "cool" walaupon didalam lokap :P

dan bersama penulis..
inilah gambar yang terakhir bersama HERO sewaktu lawatannya
bersama deligasi PAS ke mesir

tiada ucapan yang lebih bermakna melainkan lafaz "saya sayangkan AYAH kerana Allah"..kalaulah anak kepada khalifah umar abd aziz menjadi sandaran buatnya sebagai muhasabah dan pemberi peringatan..maka saya juga mengambil kesempatan ini dengan mengungkapkan :

"Allah telah menjanjikan kalam NYA dengan membenarkan penegak dan pembela agama dengan bayaran yang tertinggi iaitu REDHA dan SYURGA-NYA..jika ini menjadi idaman dan kesenangan buat AYAH..garaplah segala potensi sebaik-baiknya untuk membela nasib ummah dan mengangkatkannya(islam) di tempatnya yang tertinggi..bukanlah awez penentu nasib diri sendiri kepada agama secara mutlak kalau bukan qudwah yang terbaik yang ditunjukkan oleh AYAH awez sendiri..perjuangan ini buntu kalau tiada nyalaan titaan penerusan manhaj orang-orang yang beramal..maka lihatlah kibaran lambaian bendera kemenangan itu sudah mula menunjukkan bukti kebenarannya..AYAH..semoga tiada istilah berhenti dan lelah ke atas pilihan jalan yang Allah ta'ala pilihkan kepada kita..semoga AYAH thabat,istiqomah dan berikan yang terbaik sehingga nyawa menanti dikembalikan kepada pemilikNYA..semoga perpisahan yang sementara ini menjadi nakhoda kepada pertemuan yang kekal abadi..ikhlas daripada anakmu"

LOVE YOU AYAH-mode meraikan HARIJADI AYAH
menerusi hati yang tenang merindui :)


Read On 9 comments

mY pLayLisT


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..