Find The Way..

andai ada peluang~

5:46 PM
salamun salam~

mari saya ceritakan untuk anda kisah seorang teman/kawan/sahabat...

nama sahabat ini ialah hafiz bin zainuddin..
detik perkenalan kami ditakdirkan allah untuk bertemu di dalam sebuah program perkemahan kadet laut zon tengah pada pertengahan tahun 2004..

seawal perkenalan kami..

saya awiz dari hisamuddin kg. jawa..
saya hafiz dari sam J- sek agma jeram..
awiz:biasa berdayung canu??
hafiz:ana mg suka game menggunakan tangan
dalam hati saya:
dia sangat sopan-tawadhu'-manis dengan senyuman persis jawa-sukan kegemaran dia canu..??


awal tahun 2005
sesi sekolah sudah pon bermula-di hari yang pertama
sewaktu membeli twigies di kantin

name-X:hahh!!(disergah)
awiz :woooo(respon-nasib baik tak melatah)
awiz:eehhh...HAFIZ!!!pe enta wat kat sek nih??(bersalaman-peluk)
hafiz:haaaa...HAHA..kantoi beli apa ni..hee..alaa xkan la datang sini nak mohon kerja kantin kot..
awiz:ehehe...betul jugakkan...eh abis tuh??enta bukan thn lepas f5 ke??
hafiz:mg laa..ni masuk STPM laaa..kita da jadi satu sekolah la skg..ngee

dia masih seperti dahulu-kalamnya pasti menggembirakan teman2nya-
senyuman manis itu~


petang itu..
hafiz : awiz jom main badminton dengan ana jom!!
awiz :main badminton??bleh gak ..tp petang nih dah bajet nak main bola la..esok2 k??
hafiz :okay(bersama senyuman trademark die)

*pertandingan sukan sekolah
dia menang dalam acara regu

main pula untuk zon untuk ke negeri
dia memang berbakat

hari berikutnya
awiz : eh hafiz knp gelabah smcm ni?nak gi mane?jom a petang nih main badminton skali.ok??
hafiz :.eh..eh ko..sorri la wiz..ana ptg nih nak kene balik rumah la..nanti lah ye bile2.tak pe kan?
awiz :okay..nanti2lah ye(dalam hati)

sesi sekolah tahun 2005 pon tamat diikuti dengan 2006

saya ke STAM di HIDAYAH IPOH..hafiz pula masih tahun kedua STPM di hisamuddin..masing2 membawa hala tuju sendiri..tentang keinginan bermain badminton dengan hafiz tak menjadi sebutan lagi..its ok~


2007-saya ke mesir,hafiz pula ke USIM di Nilai buat syariah juga...sehinggalah kini tahun 2009:

*tiada sebab untuk kami bertemu kembali..segalanya terus kekal mengembalikan kenangan bersama seorang sahabat yang bernama hafiz ini..tersenyum dan tergelak kecil juga ada pabila mengimbau kenangan itu..

*aku dalam sangkaanku menyangka mungkin satu hari nanti kita kan bersua kembali untuk bertemu dan berentap dalam gelanggang badminton itu...tapi sangkaanku hanyalah sebuah sangkaan...meleset!!hurm...

dia...hafiz zainuddin sudah tiada lagi..."berita itu" sangat merobek dan menghiris riak hati ini..aku baru sahaja menyangka akan ketemuan...tp Allah lebih sayangkan dia daripada diri ini..apakan daya..

"pertemuan itu"-"gelanggang itu" -"senyuman itu"
sahabatku..ampunkan atas kelewatan ini menjemputmu sebelum kau bertemu dengan tuhanmu..

andai ada peluang~hurm

ampunkan diri ini..



HAFIZ ZAINUDDIN

STPM 05/06
hisamuddin kg.jawa
telah kembali ke rahmatullah pd hari sabtu 28.3.09 pada pukul 3 pagi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya..ALFATIHAH

*semogakan bertemu lagi dalam lingkungan orang-orang yang beramal soleh.ameen..terima kasih wahai sahabat..

Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz
Read On 1 comments

orang itu mati dalam kehidupannya~

12:10 PM
M.A.T.I!!
bukan mati akal
bukan juga mati handpone
tapi ini adalah mati yang memisahkan roh dan jasad...


iya bagi jiwa yang berjasad pasti akan merasai saat ini..pernahkah anda melihat orang mati?pernahkah anda berhadapan dengan saat kematiaanya??seram sejuk...berderau darah..itu kata mereka..anda??-tiada perasaan?hurm..

*hisablah diri kamu sebelum kamu didatangi ALLAH utk dihisabkan* -taubat selagi mana sempat-

namun pernahkah anda melihat orang hidup tapi seakan-akan mati jasadnya?, jangan pelik kerana orang semacam ini banyak dan terus melata.
Walaupun ia benafas, makan dan minum tetapi jangan disangka riang dan seronoknya dusta kerana adanya jasad tetapi mati hatinya.kehidupan yang sebenar ialah kehidupan hati. Hati
yang bangkit bersama temannya iman dan taqwa..hatilah tempat lahir ketakutan kepada Allah, bertawakkal, dan bergantungharap kepadanya. Inilah kehidupan.kehidupan yang senantiasa hidup dan subur dengan hati-hati yang gersang mendapatkan iman sebagai nakhoda.

Suatu hari Ibrahim bin Ishak-r.a- malalui sebatang jalan di pasar Basrah, lalu orang ramai mengkerumuninya dan mereka
bertanya kepada beliau, wahai Abu Ishak kenapakah doa kami tidak dimakbulkan?. Beliau menjawab: kerana hati anda mati disebabkan sepuluh perkara:

Pertama: anda kenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya

Kedua: anda sangka diri anda cintkan Rasulullah s.a.w. tetapi kamu maninggalkan sunnahnya

Ketiga: anda membaca al Quran tetapi tidak beramal dengannya

Keempat: anda makan nikmat Allah taala, tetapi tidak bersyukur kepadanya
Kelima: anda mengatakan syaitan musuh anda sedangkan anda mengikuti jejak langkah mereka

Keenam: anda mengatakan syurga itu benar tetapi anda tidak berkerja untuknya

Ketujuh: anda mangatakan neraka itu benar tetapi anda tidak lari darinya

Kelapan:anda mengatakan MATI itu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya

Kesembilan: anda bangkit dari tidur dan sibuk dengan keaiban orang lain anda lupa aib diri anda sendiri

Kesepuluh: anda mengebumikan orang yang mati dikalangan anda tetapi anda tidak ambil pengajarannya.

jadi apakah yang dikau cari dalam kehidupan ini??saat berbaki terus dengki dengan masa yang berlalu pergi..kau inginkan Sebuah kehidupan yang mewah dan bahagia??sedangkan kau dusta dalam pengabdian kepadaNYA...

haaai sang durjana..!!

jangan kau lupa..ini adalah memorendum dari tuhanmu..
bisa kau ingat akan sejarah lampaumu..??
kau dicipta untuk ALLAH dan RASULNYA..
kau diberikan agama sebagai anutan..
alkitab sebagai pegangan..
dunia sebagai hamparan utk kau laksanakan ketaatan
bukan menyinggah utk kau penuhkan dengan kemaksiatan

kenapa tunggu lagi wahai hati yang kering kontang..
kenapa tidak kau isikan dengan air keimanan..
kau basahi setiap saatmu dengan zikrullah dan amalan


bertaubatlah wahai insan..
jangan datang malaikat izrael baru kau kebuluran.. insaflah diri ini sebelum kubur kata mari..


**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
قال تعالى :
" وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد"
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”
(surah Qaf, ayat 19)

Read On 2 comments

HK2 II ISMA

11:55 PM

salam...
aiwah..spt yg dijanjikan dalam post yg terdahulu..utk yang pertama ana akan upload ttg


HARI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISMA KE2(HK2)

tarikh : 13 march 2009
tempat:Dewan malaysia abasiyyah kaherah[ARMA]
tema :Membudayakan Warisan Bangsa,Memacu Aspirasi Ummah

menggilap potensi,ta'aruf dan mahabbah telah terbukti dalam objektif HK2 kali ini dengan membahagikan kpd 6 kumpulan :Sireh Junjung, Wau Bulan, Destar Raja, Gasing Piring, Teluk Belanga, dan Songket Emas.
--> awez kali nih jadi AJK ja..xde la merasa duk bersama ngn kumpulan..ngee

antara acara yg dipertandingkan ialah :
1.pantun4 kerat
2.nasyid
3.public speaking
4.sajak
5.kuiz
6.khat
7.pentomen
8.komik
9.iklan/montage

ini untuk anda-harap terhibur dan dapat manfaatkan ..



















kemudian diakhiri dengan kumpulan nasyid acapella dari indonesia

"DAIE NADA"






*maaf-tak semua acara dapat ana publishkan sbb kekurangan bahan tapi i.allah .jika berkelapangan ana akan updatekan yah..

Read On 0 comments

penuhi hajat anda~

4:33 AM

salamun aleykumussalam
ini sebuah entri untuk menyoroti kepentingan umrah dan haji...sedikit info untuk peringatan bersama..: KEWAJIBAN MELAKSANAKAN HAJI DAN GALAKKAN UMRAH

rindukan lambaian ka'bah

  1. Allah berfirman dalam surah Al-Haj ayat ke-27 yang bermaksud "Permaklumkanlah kepada sekelian manusia itu untuk melakukan ibadat haji dan umrah nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai (unta dan lain-lain) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh"


  2. ALLAH SWT menjadikan Kaabah sebagai Rumah Allah tempat mulia untuk dikunjungi orang ramai sebagai sebuah tempat aman dan dilimpahi penghormatan dan batu tanda bagi pelindung antara manusia selaku hamba dan penyeksaanNya.


  3. Amalan menziarahi Kaabah untuk melakukan umrah dan haji adalah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan sekali seumur hidup kepada umat Islam yang berkemampuan. Perintah wajib mengerjakan Haji termaktub di dalam Al-Quran sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah A-li Imran ayat 97).


  4. Al-Hasan Al-Bairi ra berkata "Bersedekah satu dirham di Kaabah akan dibalas dengan seratus ribu begitu juga setiap kebajikan dilakukan akan diganda Allah pahalanya dengan seratus ribu kali".


keindahan di malam masjidunnabawi

****** PrOmosI******


belum membuat tempahan tiket dan contact agensi penerbangan??


kalau berhajat tetapi tidak pasti caranya..


SILA BERIKAN PERHATIAN!!

bukan bercadang menjadi agen atau perantara

tetapi jika mahukan penerbangan,hotel yang selesa dan MURAH..ibadah umrah yang memuaskan..
ziarah yang santai bersama ta'abbud yang menenangkan..


hanya RM3000 (dari mesir shj.)untuk sebulan-termasuk penerbangan,hotel,ziarah mekah dan madinah juga makan

jika berminat atau sebarang pertanyaan..sila berhubung pd email ini:awiz.alan@yahoo.com

*tiada keuntungan bersih diambil dari setiap bayaran..untuk manfaat dan kepuasan kita bersama



JUJUR-AMANAH-KEBERSAMAAN : ITU PRINSIP KITA ;)


LASTLY..SAKSIKAN..
MEKKAH IN FUTURE??

Read On 55 comments

kalam berharga dari khulafa arrasyidin

4:02 AM

salamun salam...

dalam kesibukan ana sementara...entri ringkas ini sebagai mau'izhoh untuk kita bersama..

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Read On 0 comments

ISTANNA....(sebentar ya)

4:30 AM
COMING UP NEXT..

-K.S.I-
karnival sukan isma ke II

tempat ;
iskan thullab hayyu sadis
tarikh :
28 februari 2009








-H.K2-
hari kesenian dan kebudayaan

tempat :
Dewan Malaysia Abasiyyah
kaherah (ARMA)

tarikh :
13 march 2009





-EMINENT'09-

the symposium of malaysian students in tanta

tempat ;
dewan utama universiti tanta
tarikh :
14 march 2009
Read On 0 comments

mY pLayLisT


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

from zero to..