indahnya ukhuwah bila ia betul2 dirasai..
krn kita meyakini selepas meletakkan iman di hati
sekadar perkongsian coretan buat teman2 yg merindukannya..:
teman di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya sibuk
Dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
teman di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang bermanfaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka
teman di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
teman di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya berkroni untuk mendapat projek sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
teman di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
teman di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya komplek untuk tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
teman di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah Nabi sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya artis sebagai bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
teman di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya panjang berangan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
krn mrk..aku menjumpaiNYA..
awiz-thaqib-ammar-amin-suhail-syamil
tha bond..inspiring..
akhi-fuad-umar-syed-aiman-awiz-usamah(tiada)
bestfren never ends..(4A 1S)
Awiz-Anas-Arul-Apis-Syamil(tiada)
November 11, 2008 at 12:38 AM
sajak yg indah..
waah..
aku merindui teman2 ku jua..
November 16, 2008 at 3:20 AM
waaa. best nye... best3
.nyibuk.
November 16, 2008 at 3:20 AM
btw..
diriku terase.. hu hu T_T
November 27, 2008 at 10:06 PM
usamah(tiada) tu maknenye ape???
November 29, 2008 at 12:05 AM
heee..maknanya tiada dlm gambar lerr..
December 2, 2008 at 7:04 PM
yup..daku sedang berjuang di PD ketika itu :P
December 16, 2008 at 8:30 PM
takpe . apa2 pon usamah tetap no 1 .
June 19, 2011 at 5:54 AM
nice sajak...
Post a Comment