1 januari + maal hijrah = kembali kepada fitrah
1:36 PMsalamun salam..
pendakwah dan SENI penggarapan
4:02 PMsalam kepada semua,
"manusia punyai citarasa berbeza..aku suka bermuzik..sukankan bola..sukakan ketenangan bersama bunyi2 nature...jadi mana mungkin pertembungan citarasa menjadi pilihan lintasan hatiku.."
Keupayaan seorang pendakwah untuk memanfaatkan kelompok manusia sekitarnya merupakan satu tuntutan bagi melengkapkan keperibadian pendakwah. Ia juga merupakan antara keperluan Jalan Dakwah itu sendiri; supaya dakwah terus berjalan dan dapat menggembleng potensi manusia. Dakwah yang kita fahami merupakan satu perjuangan yang panjang. Maka organisasi dakwah yang menjauhkan manusia daripadanya (organisasi) dan gagal menggarap manusia sangat jauh dari mencapai kejayaan yang dicitakan. Bagaimana kejayaan dapat dicapai sekiranya organisasi tadi jauh dan tidak diterima masyarakat?
Seni penggarapan yang dimaksudkan adalah keupayaan pendakwah untuk mendekati manusia, dan menggabungkan mereka ke dalam bahtera dakwah. Pendakwah yang berjaya ialah mereka yang mampu menyampaikan dakwah dan fikrahnya (pemikiran) kepada masyarakat. Mereka juga mampu memberi kesan kepada masyarakat yang latar belakangnya berbeza-beza.
Tidak ada jalan lain untuk berjaya dalam agenda ini; sekalipun pendakwah pelbagai kehebatan dan kemampuan, melainkan dengan menawan hati manusia dan memiliki cinta mereka. Bagaimana untuk menawan hati mereka? Sekaligus menjadi langkah pertama ke arah menggabungkan mereka dengan bahtera dakwah.
Setiap pendakwah mengimpikan penerimaan manusia terhadap dakwah mereka. Tetapi tidak semua perkara yang kita impikan menjadi kenyataan. Dan kita tidak akan mencapainya, melainkan kita memiliki kemahuan yang benar dan bersungguh-sungguh dalam menawan hati manusia. Kemudian kita berusaha mengambil asbab dalam mencapai tujuan yang kita impikan.
BAGAIMANA MENAWAN HATI MANUSIA?
1. Kenalilah saudaramu dengan sebaiknya
“Berkenalanlah dengan saudara-saudara yang kamu temui. Sekalipun dia tidak meminta kamu berbuat demikian”. Begitulah pesan berharga dari seorang pendakwah terkenal. Pesanan ini menuntut kita mendekati manusia dan hidup di tengah mereka. Masyarakat akan merasai kehangatan persaudaraan dan keintiman yang lahir dari peribadi pendakwah. Keintiman ini tidak akan wujud sekiranya tidak didahului dengan perkenalan yang mantap. Bagaimana manusia dapat merasai persaudaraan yang rapat dengan kita, sedangkan kita tidak mengetahui perkara mereka sukai? Juga tidak mendalami perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka resah gelisah?
2. Tidak memaksa diri ke atas orang lain
Antara perkara yang menjauhkan manusia satu sama lain, adalah cubaan memaksa pendapat dan pandangan peribadi ke atas orang lain. Terutamanya pada perkara yang dianggap sulit oleh manusia. Seringkali juga ada yang memaksa manusia untuk memberitahu masalah mereka, bertujuan untuk menasihati mereka dalam perkara tersebut. Pendakwah yang faham akan menjauhi perkara ini, dan hanya campur tangan dalam urusan sulit hanya apabila diminta sedemikian.
3. Menjauhkan diri dari banyak mengkritik
Kritikan terhadap manusia sekeliling berlawanan dengan tujuan kita menawan hati mereka. Manusia yang dikritik akan meletakkan dirinya dalam keadaan ‘bertahan’. Mereka akan sentiasa mengukuhkan pendapat mereka dan menolak hujah pendakwah. Kesalahan pendakwah sering dijadikan ‘pukul balas’ untuk membalas dendam. Kritikan akan melukakan hati manusia dan menggerakkan sifat negatif terhadap pengkritik.
4. Bergaul baik dengan mereka, sepertimana kita suka diperlakukan sedemikian.
Kasih sayang merupakan hasil yang dituai setelah sebelumnya disemai dengan pemberian yang tanpa henti. Terdapat juga pendakwah yang bergaul dengan pergaulan yang tidak baik, disertai keangkuhan dan tanpa penghargaan terhadap sasaran dakwahnya. Kemudian mereka menunggu agar manusia mendekati mereka dan mencintai perjuangan mereka. Ini ibarat mimpi di siang hari. Mereka adalah manusia rugi yang serong kefahamannya terhadap dakwah. Untuk menilai pencapaian kita dan tahap pergaulan kita, perlulah beberapa persoalan kita renungkan: Adakah aku telah membantu orang yang memerlukan? Adakah aku memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan? Kemudian bayangkan kesusahan yang pernah kita alami, yang mendesak kita terhadap bantuan orang lain. Serta ingatlah kembali perasaan kita terhadap individu yang telah membantu kita sepanjang ujian tersebut. Pastinya perasaan kasih sayang dan keintiman akan timbul terhadap mereka yang melakukan kebaikan terhadap kita.
5. Menjauhkan diri dari mengumpat
Setiap manusia memiliki keistimewaan dan kelemahan. Sifat-sifat positif dan negatif. Tidak ada manusia kini yang sempurna tanpa keaiban dan kelemahan. Berkata-kata tentang kelemahan orang lain akan mendatangkan kesan negatif terhadap pendakwah. Kepercayaan di antara pendakwah dan masyarakat akan terjejas disebabkan tabiat buruk ini. Ketakutan juga akan timbul di dalam hati masyarakat apabila pendakwah mengumpat dihadapan mereka. Timbul kerisauan jika suatu hari nanti mereka berbeza pendapat dengan pendakwah, maka segala kelemahan mereka pula akan dicanangkan dan didedahkan. Sepertimana mereka melihat pendakwah mengumpat dihadapan mereka tentang kelemahan orang lain.
6. Mencari alasan (keuzuran) untuk mereka
Rasulullah mengajar kita untuk memberi keuzuran kepada saudara kita. Kesan kepada praktis sunnah yang mulia ini akan membuatkan para pendakwah disenangi oleh orang lain. Setiap masalah atau kesukaran yang datang dari manusia lain, kita berikan keuzuran kepada mereka. Amalan sebegini akan memupuk kasih sayang kepada pendakwah. Kasih yang berputik hasil daripada kehalusan pergaulan kita dengan mereka. Kita melihat mereka dari perspektif mereka sendiri. Bukan dari penilaian dan perspektif kita. Seorang pakar hubungan interpersonal pernah berkata bahawa, semua manusia menyukai orang lain memberi keuzuran kepada kesalahan yang mereka pernah lakukan.
7. Jangan sesekali bermasam muka kepada mereka
“Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah sedekah” “Jangan kamu memandang kecil apa-apa perkara kebaikan, sekalipun bertemu saudaramu dengan wajah yang menyenangkan” begitulah pesanan Rasulullah s.a.w menekankan perihal kepentingan wajah yang ceria dan menyenangkan. Pendakwah yang tulen sentiasa memiliki wajah yang menyejukkan hati manusia. Sekalipun dirinya dihambat masalah dan kesulitan. Kerana pendakwah memahami bahawa bermasam muka merupakan sebab langsung manusia akan menjauhinya. Ketakutan , kerisauan, dan pelbagai sangka buruk akan timbul apabila melihat wajah pendakwah yang tidak menyenangkan. Bagi pendakwah yang mencintai manusia, dia akan sentiasa ditemui dalam keadaan tersenyum lebar penuh ketenangan.
BAGAIMANA DAKWAH MENGGARAP POTENSI PENDAKWAH?
Seterusnya penggarapan para pendakwah yang berada ‘di dalam dakwah’ merupakan suatu tanggungjawab yang amat besar serta memerlukan usaha yang teliti. Jika tidak, apakah rasionalnya kita membawa sekian ramai manusia mendekati bahtera dakwah, dan mereka menyertai saf perjuangan. Jika para pendakwah tidak digarap dengan baik, maka semangat mereka akan pudar dan keazaman mereka akan luntur.
Perkara ini boleh berlaku jika keupayaan dan kebolehan pendakwah tidak disalurkan dan dimanfaatkan dengan baik. Maka penggarapan dalaman akan menjaga prestasi pendakwah di dalam saf. Organisasi perlu menyediakan suasana yang baik untuk pertumbuhan dan peningkatan pendakwah dari aspek iman dan amal dakwah. Organisasi dakwah yang matang akan sentiasa menjaga dan memerhati perkembangan pendakwah yang berjuang di dalam barisannya. Penggarapan luaran umpama seperti biji benih kapas yang disemai, dibajai dan dijaga dari serangga. Maka akan bertumbuhlah pokok kapas dengan baik. Manakala penggarapan dalaman pula, kapas tadi diproses dan dihantar ke kilang untuk menjadi bahan asas bagi pelbagai produk kapas. Inilah seni tarbiyah yang terpampang dalam ciptaan Allah.
TARBIYAH SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN
Kecuaian dalam aspek tarbiyah (pendidikan) bagi pendakwah akan menyebabkan pelbagai masalah di masa hadapan. Mereka yang meningkat tanpa dididik, atau memimpin tanpa keahlian, seringkali menjadi bebanan kepada organisasi dakwah pada akhirnya.
Ustaz Fathi Yakan Rahimahullah pernah berkata “Aku mengenali beberapa orang yang mendaki dinding dakwah tanpa kelayakan, dan menjadi pendakwah sebelum masanya. Seterusnya mereka mengadu ditimpa penyakit dan bahaya yang pelbagai. Paling kurang mereka diuji dengan ‘Ujub (rasa takjub dengan kehebatan diri). Ada juga yang merasa angkuh dan berlaku tidak sopan. Apabila semakin meningkat kedudukan dan pangkatnya dalam organisasi, maka meningkat jugalah penyakit yang menimpanya. Sehinggalah penyakit itu terlalu mendominasi dan tidak dapat diubati, dan akhirnya menyebabkan kejatuhan pendakwah dan kerugian pada dirinya.”
Operasi tarbiyah jika tidak diluangkan masa untuk melakukannya dan ditumpukan segala keupayaan untuk menjayakannya, maka organisasi dakwah tidak akan berjaya menyiapkan anggotanya. Pelbagai penyakit yang menimpa pendakwah akan melarat dan terlepas pandang oleh organisasi. Pasti juga akan berlaku pelbagai ketempangan dalam pembinaan peribadi pendakwah yang memberi kesan kepada suasana amal dalam badan dakwah. Semua ini menggambarkan peri penting penekanan kita dalam aspek tarbiyah.
Ustaz Fathi menambah lagi “Aku juga mengenali anak dakwah yang meningkat kedudukannya dalam dakwah, kemudian terjun beramal di medan yang berliku sebelum disiapkan keperibadiannya, seterusnya dilantik mengepalai urusannya yang bukan keahliannya, maka kita bayangkanlah apa yang akan terjadi kepadanya?”
Mereka yang mengkaji sejarah dan peristiwa dapat menyimpulkan bahawa kebanyakan perselisihan, salah faham, isu keguguran pendakwah, penyakit yang menimpa pendakwah, serta segala musibah yang berlaku dalam sejarah dakwah adalah kerana kurangnya penekanan dalam aspek tarbiyah.
Antara perkara yang penting juga adalah kita memastikan setiap pendakwah mempunyai tugasan dan tidak menganggur. Tugasan tersebut akan menyempurnakan binaan tarbiyah yang dilaluinya. Setiap pendakwah perlu mempunyai amal khusus yang sesuai dengannya, biarpun amal tersebut kecil dan terbatas. Pengangguran dalam dakwah akan menyebabkan adanya titik kelemahan dalam saf pendakwah.
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus beramal dan ditetapkan hati untuk kukuh di atas landasan dakwah ini.
sebuah jawapan itu..
8:16 PM( Hadis Qudsi riwayat Syaikhan dan TArmizi dan Abu Hurairah ra )
ramai yang bersifat pesimis dengan aturanNYA jika segala jawapan pada kehendaknya lari dari apa yang dirancangkan..segalanya bakal berubah..sehingga menggegarkan identiti imaniyah dalaman..
sedangkan..
redha dan sabar itu ubat kepada kepayahan dan kesempitan
rindu akan jalanNYA adalah lautan rasa kebersamaanNYA
mungkin ini kerana
apabila hati yang banyak sangkaan kpd manusia..boleh jadi hati ini boleh lari jauh daripada sangkaan Allah..nauzubillah min zalik
makanya
kembalilah untuk belajar menerima aturanNYA dengan menerima sahutanNYA..
kerana tidaklah dengan sebuah jawapan yang pasti..kita pula gugur di hadapanNYA..
ketahuilah maha bijaksana Allah ada yang terbaik untuk kita :
Allah answer our prayer in 3 ways.
He said YES and gives you wat u want,
He said NO and gives you better,
He said WAIT and gives you the best in His own time
apa - apa keadaan sekali pon,
belajarlah untuk matang di hadapan Allah s.w.t juga dalam ubudiyah terhadapNYA
kerna DIAlah sebaik2 tempat memohon dan memberi..
akhirnya sebuah jawapan itu adalah tanda dan bukti redho kita kepada Allah ke atas kita
pilihlah dengan pilihan IMANmu~
* * * * *
radhitu billahi rabba wa bil islami deena wa bimuhammadin nabiya wa rasula..
jangan halang daku membela rasulullah s.a.w..
11:24 AMHari itu Nusaybah berada di dapur. Suaminya, zaid ibn 'asim sedang beristirahat di kamar tidurnya. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunang batu yang runtuh. Nusaybah tersentak, itu pasti tentara musuh. benar, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.
Dengan segera, Nusaybah meninggalkan apa yang dikerjakannya dan masuk ke kamar. Suaminya yang tengah tertidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nusaybah berkata, “aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barangkali orang-orang kafir telah menyerang.”
Zaid yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu sebaliknya istrinya pula. Segera saja ia bangkit dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nusaybah menghampiri dan menyerahkan sebilah pedang milik suaminya yang tercinta itu.
“Suamiku, bawalah pedang ini. Janganlah kau pulang sebelum menang….”
Zaid memandang dalam wajah istrinya seolah-olah pandangan ini adalah yang terakhir buatnya. Setelah mendengar lafaz kalam seperti itu, tiada lagi keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan azam yang membara dinaiki kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Zaid langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di suatu sudut yang lain, Rasulullah sedar akan kelibat panglima itu walaupon jauh dari pandangan namum rasulullah sempat mengukirkan senyuman kepadanya. Senyuman yang tulus itu terus mengorak rancak pahlawan berani zaid.
Di rumah, Nusaybah termanggu kegelisahan. Kedua anaknya, Abdullah yang baru berusia 15 tahun dan habib yang dua tahun lebih muda memperhatikan sahaja ibunya dengan pandangan yang merisaukan. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang pengendara kuda yang nampaknya sangat gugup datang bertemu..
salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “wahai isteri kepada said,suamimu baru saja gugur di medan perang. Beliau telah mendapat anugerah syahid…dapat anugerah syahid…”
Nusaybah tertunduk sebentar, “Inna lillah…..” gumamnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah..”
Setelah pengutus berita itu menunggang pergi, Nusaybah memanggil anak sulungnya Abdullah. nusaybah tersenyum kepadanya lalu menangis yang tertahan, “wahai Abdullah anakku, kau lihat ibumu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah syahid.hanya kerana Aku sedih karena tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan bersama para pejuang Nabi s.a.w. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”
Abdullah mengangguk. Hatinya berdebar-debar seakan-akan memahami hasrat ibunya..
“Ambilah kuda di kandang dan bawalah bersamamu tombak. dan pergilah bertempur bersama Nabi s.a.w dan barisan pejuang sehingga kaum kafir rebah membasahi darah.”
Mata amar bersinar-sinar kepiluan. “Terima kasih, Ibu. Inilah masa yang aku tunggu sejak dari awal pagi. Aku cuma khuatir seandainya Ibu tidak memberikan kesempatan buatku untuk membela agama Allah sehinggalah menongkah kudrat yang terakhir.”
Bersama semangat air mata pejuang,putra Nusaybah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun di raut wajahnya. Setibanya abdullah di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri. “Ya Rasulullah, aku Abdullah bin Zaid. Aku datang untuk menggantikan tempat ayahku yang telah gugur.”
Rasul s.a.w dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Abdullah.semoga Allah memberkatimu….”
Hari itu pertempuran berlalu dengan cepat. Pertumpahan darah berlangsung sampai ke siang hari. seawal pagi itu, seorang utusan Rasulullah berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nasibah. Setibanya di sana, perempuan yang tabah itu sedang berdoa menanti berita, “Ada khabar apakah gerangan kehadiranmu ini?” nadanya sedikit gementar ketika si utusan belum lagi membuka suaranya, “apakah anakku telah gugur?”
pengutus itu menunduk sedih, “Betul….”
“Inna lillah….” Nusaybah tergamam.Ia menangis lagi..
“Kau berduka, ya Ummu Abdullah?”
Nusaybah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan berangkatan? habib masih lagi dalam usia kanak-kanaknya.”
Mendengar luahan ibunya itu, habib yang sedang berada di samping ibunya, mencelah, “Ibu, janganlah engkau meremehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa habib adalah putra seorang ayah yang gagah berani.”
Nusaybah kaget dengan lontaran semangat anak mudanya habib. Ia memandang putranya. “Kau tidak takut, nak?”
habib lantas meloncat ke atas kudanya mengangguk yakin. Sebuah senyuman terhias di wajahnya. Ketika itu Nusaybah dengan besar hati melambaikan tangannya,habib hilang bersama utusan itu.
Di arena pertempuran,habib betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan banyak nyawa orang kafir. Sehingga tibalah saat itu, sebilah anak panah menembusi tepat di dadanya. habib tersungkur mencium bumi dan menyerukan kalimah, “Allahu akbar!”
Segera Rasulullah menghantarkan utusan ke rumah Nusaybah. Mendengar berita kematian itu, meremanglah bulu kuduknya. “Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Si utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan, wahai ummu abdullah….”
Nusaybah tersinggung, “Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?”
Nusaybah tidak mahu menunggu jawapan dari utusan itu lantas Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, di dalam perselisihan itu,Rasulullah pun berkata dengan senyum. “Nusaybah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya bagi seorang perempuan mengangkat senjata. keadaan yang meruncing ini memerlukan engkau wahai ummu abdullah untuk kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”
Mendengar penjelasan Nabi s.a.w sedemikian, Nusaybah pun segera mendapatkan tas ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang cedera dengan cermat.sehinggalah pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang sedang parah, tiba-tiba terpercik darah di rambutnya. nusaybah cuba menoleh.terlihat akan Kepala seorang tentara Islam putus dipancung senjata musuh kafir.
gambar hiasan
Maka timbullah rasa marah Nusaybah menyaksikan kekejaman ini.Apatah lagi di saat Nabi terjatuh dari tunggangan kudanya akibat daripada anak panah yang menghunus sipi keningnya, Nusaybah tidak mampu menahan dirinya lagi. Ia bangkit dengan lagak seorang perwira yang gagah berani.Segera diambilnya pedang prajurit yang telah syahid itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai singa betina, ia beraksi sepenuh tenaganya di dalam arena itu. ramai musuh yang teragak-agak untuk menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun telah tumbang..
kehangatan peperangan masih dipuncaknya.tentera umat islam seakan mendahului,kesannya kekalutan pada musuh mula mengundur diri dari medan perang akhirnya menjadi kesilapan yang terpahat buat tentera uhud.amanah terhadap 15 pemanah untuk terus berjaga di bukit uhud sebaliknya bertukar menjadi peristiwa ngeri apabila musuh memulakan langkahan strategi baru dengan mengelilingi bukit uhud lantas terus menyerang tentara islam yang sedang asyik dengan harta ghonimah itu..tentera islam bertebaran meninggalkan rasulullah s.a.w dan beberapa panglima yang setia bersamanya termasuklah srikandi nusaybah..
ingatlah ketika kami lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun,sedangkan rasulullah ayng berada di ant. sahabt2mu yana lain memanggilmu,kerana itu allah
menimpakan kesedihan ke atas mu..(akhir ayat) [ ali imran :153]
kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terus mengawasi dan membela bersam rasulullah,nusaybah sanggup menjadikan kudrat tubuhnya sebagai pelindung rasul.s.a.w.Medan pertempuran semakin sengit. lewat sehingga Nusaybah rebah sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud datang mengawasi bersama kudanya, kalau-kalau ada korban yang masih boleh ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat sekejur tubuh bergerak lemah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “apakah kamu ini Isteri Zaid?”
Nusaybah samar-samar memperhatikan ibn Mas'ud. Lalu bertanya, “bagaimanakah dengan Rasulullah? Selamatkah beliau??”
“Beliau tidak kurang suatu apapun..Allah dan para pencintanya bersama baginda s.a.w”
“ Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih luka parah, wahai isteri zaid yang disegani….”
“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaybah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dipatahgantikannya. Namun, kerana tangannya sudah cedera parah.akhirnya dikatakan didalam sebuah riwayat ada lebih kurang 13 kesan tusukan pedang pada tubuh beliau termasuklah kesan selar dibahagian lehernya..
diriwayatkan oleh ikrimah dalam sebuah hadith :rasulullah bersabda :aku tidak nampak yang berperang itu perempuan melainkan kelibat kehebatan lelaki..(aw kama qal)
nusaybah binti ka'ab terkenal dengan gelaran ummu umara' kerana mendapat sanjungan di atas awal pengislamannya,perang uhud,perjanjian hudhaybiyah,perang khaibar,hunain dan juga yamama
1.)................
2.)................
3.)................
apa yang mampu kita lakukan sbg praktikal amali bagi cuba menyaingi kehebatan peribadi2 unggul dalam pengajaran daripada mana-mana kisah sohabah :
1.)................
2.)................
3.)................
lafaz itu:"jangan halang daku membela rasulullah s.a.w"
-APAKAH INI UNGKAPAN UTAMA YANG BAKAL DIUNGKAPKAN OLEH LISAN2 YANG MENGAKU MEREKA CINTAKAN NABI .S.A.W
moga sedikit perkongsian kisah ini memberikan lintasan langsung agar iman subur dan akal sedar kembali akan betapa semakin jauhnya kita dengan CINTANYA ALLAH dan RASUL s.a.w
akhirnya..Apa azam ku untuk membuktikan aku mencintai BAGINDA S.A.W??
wallahua'3lam
aku dalam ibadahku, : versi raya
5:18 PMallahumma enta lakal hamdu wa lakas syukr..
rasa da lame sgt tak update blog ni..kehebatan madrasah ramadhan tempoh hari masih segar kesannya pada diri ini..diiukuti sambutan hangat eidulfitri..namun hakikatnya sy baru dpt merasa kemeriahan raya itu..iyaa.baru sahaja usai puasa enam yang menggantikan setahun ganjaran nilai sahamnya
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)
hari berbaki hari..anda bagaimana??apa tunggu-tunggu lagi..!!barulah bermakna beraya di bulan syawal ^^
* * * * *
sudah hampir 20hari dah ramadhan berlalu..bahangnya tetap terasa..benar2 merindui..apakah akan ada ramadhan lagi buat diriku..
(moga2 ada rezki lagi ya rabb..)
itulah bak kate pepatah melayu yang masyhur :
yang dikejar tidak dapat,yang dikengdong berciciran
- keuntungan yang disangkakan,tak didapati...yang disimpan hilang pula
ia kiasan sebuah keuntungan saham ramadhan yang dijanjikan oleh allah kpd kita..namun dek kerana kelekaan dengan urusan duniawi atau yang bukan menjadi urusan kita akhirnya diangkat menjadi amalan yg sia-sia..
..nauzubillah min zalik..
hakikatnya ramadhan telah pon pergi..makanya
apakah scr emosinya aku tetap beramal sehebat musim itu??
kalau tidak..maka apakah aku telah jadikan ibadah tempoh lalu sekadar bermusim..??
أَحَبُّ الْعَمَلِ إِلَى اللهِ مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَلَّ
Dan nabi saw juga bersabda: “Perbuatan yang paling dicintai Allah adalah yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit”. (Muslim)
iktikafku,tilawahku,qiamku,amal jariyahku...
adakah hanya menjadi singgahan memori lamunanku tanpa ada erti merindui dan pembasahan naluri??
..وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِن بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكَاثًا َ
كن ربانيا ولا تكن رمضانيا
jadilah hamba kpd tuhamu bukan hamba kpd ramadhan
kerna ketahuilah barangsiapa yang beriman dengan allah ta'ala maka DIA hidup selama2nya
namun barangsiapa yang beriman dengan ramadhan maka ia hanya datang setahun sekali
ant. ramadhaniyan dan rabbaniyan
di manakah posisi iman ku kelak??
biarkan IMAN mu mengadili setiap pilihan amal mu~
* * * * *
setelah berakhirnya puasa enam..maka lengkaplah erti sebuah kejayaan di bulan syawal itu
dan sebagai pelengkap tambahannya..inilah hadiah saguhati drpd kami,anak2 tanta utk ibubapa dan family dirumah sana :
dan sebagai pelepas rindu keluarga di sana
ada sedikit gambar yang sy boleh postkan di sini :
se awal pagi syawal itu~
ops..mcm tak ready je lg tuh.huhu
selepas pulang daripada malaysian hall.ARMA.
WOW!! ini baju yg ibu belikan,pinky + peach = songkok tinggi.huhu
speghetti menjadi hidangan
-di rumah akhi.irfan salmi
raya sakan di rumah akhi salman.
selepas puas beraya,
nak sambung buat kerja pula.. ^-^
-sebuah kehidupan tanpa perhentian sehingga bersedia bertemu dengan sebuah perhentian yang kekal abadi..
so,dengan itu..
selepas melayari kehidupan 23thn lebih,anakanda di sini ingin memohon ampun salah dan silap jika byk kerenahnya kpd ibu bapa tercinta,adik beradik yg sgt dirindu,xifu2 tarbiyah dan juga guru2..juga teman2 seperjuangan
moga ramadhan yang telah pon berlalu w.pon tidak byk sedikit pon alhamdulillah meninggalkan kesan pada setiap jiwa2 kita agar iya terus hidup bagi mampu menampung saat perjalanan yang berbaki sebelum bertemu lagi rmadhan akan datang
dan akhirnya,memori foto dari malaysia
w.pon jauh - dekat di hati(sob..sob...sob)
tiada apa yang lebih dirindui daripada sebuah keluarga yang kuat menjadi tunjang kehidupanku
SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI dan maaf zahir dan batin,
aku dalam ibadahku..
sejauh manakah aku memahami perutusan pensyariatan ibadah itu..?
moga hati ini jauh drpd hati yang lalai kerana sibuk mengejar-mengejar habuan Allah ta3ala
namun gagal di pentas saat realiti kehidupan yang berbaki..
bagaimana ya aku hidup beribadah kpd Allah..??.hurmm.
2nd september..
10:16 PMFor all of my childhood memories
Or for teaching(tarbiyah) me the value of hard work,
If I have forgotten, so I'm thanking you now
I always think about you,
On your birthday I wish you joy,
da last moment before flew away
each second totally deeply in my heart
LOVE YOU ALWAYS!!
mY pLayLisT
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com