Find The Way..

orang itu mati dalam kehidupannya~

M.A.T.I!!
bukan mati akal
bukan juga mati handpone
tapi ini adalah mati yang memisahkan roh dan jasad...


iya bagi jiwa yang berjasad pasti akan merasai saat ini..pernahkah anda melihat orang mati?pernahkah anda berhadapan dengan saat kematiaanya??seram sejuk...berderau darah..itu kata mereka..anda??-tiada perasaan?hurm..

*hisablah diri kamu sebelum kamu didatangi ALLAH utk dihisabkan* -taubat selagi mana sempat-

namun pernahkah anda melihat orang hidup tapi seakan-akan mati jasadnya?, jangan pelik kerana orang semacam ini banyak dan terus melata.
Walaupun ia benafas, makan dan minum tetapi jangan disangka riang dan seronoknya dusta kerana adanya jasad tetapi mati hatinya.kehidupan yang sebenar ialah kehidupan hati. Hati
yang bangkit bersama temannya iman dan taqwa..hatilah tempat lahir ketakutan kepada Allah, bertawakkal, dan bergantungharap kepadanya. Inilah kehidupan.kehidupan yang senantiasa hidup dan subur dengan hati-hati yang gersang mendapatkan iman sebagai nakhoda.

Suatu hari Ibrahim bin Ishak-r.a- malalui sebatang jalan di pasar Basrah, lalu orang ramai mengkerumuninya dan mereka
bertanya kepada beliau, wahai Abu Ishak kenapakah doa kami tidak dimakbulkan?. Beliau menjawab: kerana hati anda mati disebabkan sepuluh perkara:

Pertama: anda kenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya

Kedua: anda sangka diri anda cintkan Rasulullah s.a.w. tetapi kamu maninggalkan sunnahnya

Ketiga: anda membaca al Quran tetapi tidak beramal dengannya

Keempat: anda makan nikmat Allah taala, tetapi tidak bersyukur kepadanya
Kelima: anda mengatakan syaitan musuh anda sedangkan anda mengikuti jejak langkah mereka

Keenam: anda mengatakan syurga itu benar tetapi anda tidak berkerja untuknya

Ketujuh: anda mangatakan neraka itu benar tetapi anda tidak lari darinya

Kelapan:anda mengatakan MATI itu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya

Kesembilan: anda bangkit dari tidur dan sibuk dengan keaiban orang lain anda lupa aib diri anda sendiri

Kesepuluh: anda mengebumikan orang yang mati dikalangan anda tetapi anda tidak ambil pengajarannya.

jadi apakah yang dikau cari dalam kehidupan ini??saat berbaki terus dengki dengan masa yang berlalu pergi..kau inginkan Sebuah kehidupan yang mewah dan bahagia??sedangkan kau dusta dalam pengabdian kepadaNYA...

haaai sang durjana..!!

jangan kau lupa..ini adalah memorendum dari tuhanmu..
bisa kau ingat akan sejarah lampaumu..??
kau dicipta untuk ALLAH dan RASULNYA..
kau diberikan agama sebagai anutan..
alkitab sebagai pegangan..
dunia sebagai hamparan utk kau laksanakan ketaatan
bukan menyinggah utk kau penuhkan dengan kemaksiatan

kenapa tunggu lagi wahai hati yang kering kontang..
kenapa tidak kau isikan dengan air keimanan..
kau basahi setiap saatmu dengan zikrullah dan amalan


bertaubatlah wahai insan..
jangan datang malaikat izrael baru kau kebuluran.. insaflah diri ini sebelum kubur kata mari..


**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
قال تعالى :
" وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد"
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”
(surah Qaf, ayat 19)

2 comments:

salam akh Awez...tersangat rugilah org yang dlm kehidupan ni, terlalu ramai yang cintakan dunia dan takutkan mati, terlalu sikit yang cintakan mati dan takutkan dunia.

sedangkan bg saidina Abu Bakar, dia tidak bersama dunia dan dunia tidak bersamany, dan bg saidina Umar, dia tidak bersama dunia sedang dunia mahukannya.

kita perlukan Dr.Wahan, penyakit HubbunDunya ni da melampau2 parahnya...wallahu'alam.


syukran ke atas komen

betul dan tiada lg keraguan ke atas ini..mana mungkin akan mendapat akhirat sekiranya kaburkan akhirat kerana mahukan isi dunia..

fikir.risau.fikir.ubah.istiqomah..


mY pLayLisT


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..