Find The Way..

jangan halang daku membela rasulullah s.a.w..

Hari itu Nusaybah berada di dapur. Suaminya, zaid ibn 'asim sedang beristirahat di kamar tidurnya. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunang batu yang runtuh. Nusaybah tersentak, itu pasti tentara musuh. benar, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.

Dengan segera, Nusaybah meninggalkan apa yang dikerjakannya dan masuk ke kamar. Suaminya yang tengah tertidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nusaybah berkata, “aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barangkali orang-orang kafir telah menyerang.”

Zaid yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal mengapa bukan ia yang mendengar suara itu sebaliknya istrinya pula. Segera saja ia bangkit dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nusaybah menghampiri dan menyerahkan sebilah pedang milik suaminya yang tercinta itu.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Janganlah kau pulang sebelum menang….”

Zaid memandang dalam wajah istrinya seolah-olah pandangan ini adalah yang terakhir buatnya. Setelah mendengar lafaz kalam seperti itu, tiada lagi keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan azam yang membara dinaiki kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Zaid langsung terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di suatu sudut yang lain, Rasulullah sedar akan kelibat panglima itu walaupon jauh dari pandangan namum rasulullah sempat mengukirkan senyuman kepadanya. Senyuman yang tulus itu terus mengorak rancak pahlawan berani zaid.

Di rumah, Nusaybah termanggu kegelisahan. Kedua anaknya, Abdullah yang baru berusia 15 tahun dan habib yang dua tahun lebih muda memperhatikan sahaja ibunya dengan pandangan yang merisaukan. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang pengendara kuda yang nampaknya sangat gugup datang bertemu..

salam dari Rasulullah,” berkata si penunggang kuda, “wahai isteri kepada said,suamimu baru saja gugur di medan perang. Beliau telah mendapat anugerah syahid…dapat anugerah syahid…”

Nusaybah tertunduk sebentar, “Inna lillah…..” gumamnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah..”

Setelah pengutus berita itu menunggang pergi, Nusaybah memanggil anak sulungnya Abdullah. nusaybah tersenyum kepadanya lalu menangis yang tertahan, “wahai Abdullah anakku, kau lihat ibumu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah syahid.hanya kerana Aku sedih karena tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan bersama para pejuang Nabi s.a.w. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”

Abdullah mengangguk. Hatinya berdebar-debar seakan-akan memahami hasrat ibunya..

“Ambilah kuda di kandang dan bawalah bersamamu tombak. dan pergilah bertempur bersama Nabi s.a.w dan barisan pejuang sehingga kaum kafir rebah membasahi darah.”

Mata amar bersinar-sinar kepiluan. “Terima kasih, Ibu. Inilah masa yang aku tunggu sejak dari awal pagi. Aku cuma khuatir seandainya Ibu tidak memberikan kesempatan buatku untuk membela agama Allah sehinggalah menongkah kudrat yang terakhir.”

Bersama semangat air mata pejuang,putra Nusaybah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun di raut wajahnya. Setibanya abdullah di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri. “Ya Rasulullah, aku Abdullah bin Zaid. Aku datang untuk menggantikan tempat ayahku yang telah gugur.”

Rasul s.a.w dengan terharu memeluk anak muda itu. “Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Abdullah.semoga Allah memberkatimu….”

Hari itu pertempuran berlalu dengan cepat. Pertumpahan darah berlangsung sampai ke siang hari. seawal pagi itu, seorang utusan Rasulullah berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nasibah. Setibanya di sana, perempuan yang tabah itu sedang berdoa menanti berita, “Ada khabar apakah gerangan kehadiranmu ini?” nadanya sedikit gementar ketika si utusan belum lagi membuka suaranya, “apakah anakku telah gugur?”

pengutus itu menunduk sedih, “Betul….”

Inna lillah….” Nusaybah tergamam.Ia menangis lagi..

“Kau berduka, ya Ummu Abdullah?”

Nusaybah menggeleng kecil. “Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan berangkatan? habib masih lagi dalam usia kanak-kanaknya.”

Mendengar luahan ibunya itu, habib yang sedang berada di samping ibunya, mencelah, “Ibu, janganlah engkau meremehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa habib adalah putra seorang ayah yang gagah berani.”

Nusaybah kaget dengan lontaran semangat anak mudanya habib. Ia memandang putranya. “Kau tidak takut, nak?”

habib lantas meloncat ke atas kudanya mengangguk yakin. Sebuah senyuman terhias di wajahnya. Ketika itu Nusaybah dengan besar hati melambaikan tangannya,habib hilang bersama utusan itu.

Di arena pertempuran,habib betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghempaskan banyak nyawa orang kafir. Sehingga tibalah saat itu, sebilah anak panah menembusi tepat di dadanya. habib tersungkur mencium bumi dan menyerukan kalimah, “Allahu akbar!”

Segera Rasulullah menghantarkan utusan ke rumah Nusaybah. Mendengar berita kematian itu, meremanglah bulu kuduknya. “Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”

Si utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan, wahai ummu abdullah….”

Nusaybah tersinggung, “Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?”

Nusaybah tidak mahu menunggu jawapan dari utusan itu lantas Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, di dalam perselisihan itu,Rasulullah pun berkata dengan senyum. “Nusaybah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya bagi seorang perempuan mengangkat senjata. keadaan yang meruncing ini memerlukan engkau wahai ummu abdullah untuk kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi s.a.w sedemikian, Nusaybah pun segera mendapatkan tas ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang cedera dengan cermat.sehinggalah pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang sedang parah, tiba-tiba terpercik darah di rambutnya. nusaybah cuba menoleh.terlihat akan Kepala seorang tentara Islam putus dipancung senjata musuh kafir.

gambar hiasan

Maka timbullah rasa marah Nusaybah menyaksikan kekejaman ini.Apatah lagi di saat Nabi terjatuh dari tunggangan kudanya akibat daripada anak panah yang menghunus sipi keningnya, Nusaybah tidak mampu menahan dirinya lagi. Ia bangkit dengan lagak seorang perwira yang gagah berani.Segera diambilnya pedang prajurit yang telah syahid itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai singa betina, ia beraksi sepenuh tenaganya di dalam arena itu. ramai musuh yang teragak-agak untuk menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun telah tumbang..


kehangatan peperangan masih dipuncaknya.tentera umat islam seakan mendahului,kesannya kekalutan pada musuh mula mengundur diri dari medan perang akhirnya menjadi kesilapan yang terpahat buat tentera uhud.amanah terhadap 15 pemanah untuk terus berjaga di bukit uhud sebaliknya bertukar menjadi peristiwa ngeri apabila musuh memulakan langkahan strategi baru dengan mengelilingi bukit uhud lantas terus menyerang tentara islam yang sedang asyik dengan harta ghonimah itu..tentera islam bertebaran meninggalkan rasulullah s.a.w dan beberapa panglima yang setia bersamanya termasuklah srikandi nusaybah..

إذ تصعدون ولا تلوون على أحد والرسول يدعوكم في أخراكم فأثابكم غما بغم لكيلا تحزنوا على ما فاتكم
ingatlah ketika kami lari dan tidak menoleh kepada seseorangpun,sedangkan rasulullah ayng berada di ant. sahabt2mu yana lain memanggilmu,kerana itu allah
menimpakan kesedihan ke atas mu..(akhir ayat) [ ali imran :153]


kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terus mengawasi dan membela bersam rasulullah,nusaybah sanggup menjadikan kudrat tubuhnya sebagai pelindung rasul.s.a.w.Medan pertempuran semakin sengit. lewat sehingga Nusaybah rebah sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud datang mengawasi bersama kudanya, kalau-kalau ada korban yang masih boleh ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat sekejur tubuh bergerak lemah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “apakah kamu ini Isteri Zaid?”

Nusaybah samar-samar memperhatikan ibn Mas'ud. Lalu bertanya, “bagaimanakah dengan Rasulullah? Selamatkah beliau??”

“Beliau tidak kurang suatu apapun..Allah dan para pencintanya bersama baginda s.a.w”

“ Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”

“Engkau masih luka parah, wahai isteri zaid yang disegani….”

“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nusaybah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dipatahgantikannya. Namun, kerana tangannya sudah cedera parah.akhirnya dikatakan didalam sebuah riwayat ada lebih kurang 13 kesan tusukan pedang pada tubuh beliau termasuklah kesan selar dibahagian lehernya..

diriwayatkan oleh ikrimah dalam sebuah hadith :rasulullah bersabda :aku tidak nampak yang berperang itu perempuan melainkan kelibat kehebatan lelaki..(aw kama qal)


info tambahan :
nusaybah binti ka'ab terkenal dengan gelaran ummu umara' kerana mendapat sanjungan di atas awal pengislamannya,perang uhud,perjanjian hudhaybiyah,perang khaibar,hunain dan juga yamama

* * * * * *
nilai pengajaran :(atas penilaian kesedaran iman daripada kesan kesah agung srikandi ini)

1.)................
2.)................
3.)................

apa yang mampu kita lakukan sbg praktikal amali bagi cuba menyaingi kehebatan peribadi2 unggul dalam pengajaran daripada mana-mana kisah sohabah :

1.)................
2.)................
3.)................

kalaulah usia kehidupan para sahabat dan sahabiyah untuk Allah dan rasulNya..jadi apakah yang kita bina untuk Allah dan rasulNYa sebelum nyawa menjemput tiba..??

lafaz itu:"jangan halang daku membela rasulullah s.a.w"
-APAKAH INI UNGKAPAN UTAMA YANG BAKAL DIUNGKAPKAN OLEH LISAN2 YANG MENGAKU MEREKA CINTAKAN NABI .S.A.W

moga sedikit perkongsian kisah ini memberikan lintasan langsung agar iman subur dan akal sedar kembali akan betapa semakin jauhnya kita dengan CINTANYA ALLAH dan RASUL s.a.w

akhirnya..Apa azam ku untuk membuktikan aku mencintai BAGINDA S.A.W??

wallahua'3lam
12 comments:

subhanallah, menarik penceritaannya! macam ala-ala cerpen pendek, tapi terkesan di dalam hati.

nanti buat untuk sahabiah lain pulak eh!boleh bukukan ni.. heee!! :P

tahniah!


alhamdulillah.
sedikit inspirasi drpd sohabiah nusaybah r.a utk dijadikan injeksi spy kita lebih menghargai sesaat kehidupan w.pon semakin berjauhan bersama nabi.s.a.w..namun sedarilah pd kita masih ada risalah yg tergalas..dan ini menjadikan kita umat yg istimewa kpd nabi s.a.w..

smg mdpt manfaat..i.allah klu da masa ana taip lain,ni pon ambil2 ksempatan sbleum start kuliah.hee

syukran,ibrah itu bukan pd mata pena..ttp jauh didlm lubuk hati =)


alhamdulillah...
bgus penulisanmu..
ape yg penting isinya mudah-mudahn terkesan di hati pembaca juga dirimu..
mudah-mudahan juga, kalau ada yg insaf, maka hidayah Allah utk dirinya disandarkan dr penulisanmu, pesan sahabat ana, dr penulisan juga boleh wujudnya dosa (riya' khofi)..maka pesan dariku utk diriku juga kamu serta pembaca, tetapkan niat, ikhlaskan diri..lillah ta'ala..

ape yg ag penting, dgn penulisan tentang crite2 begini,membuat ramai yang tidak tahu jadi tahu dan sedar insyaAllah..

kamu bgus akh, teruskan usaha penulisan mantapmu..
segala puji hanya utk Allah..
ana suka sgt2 entry kali ini.
syabas dan tahniah! =D

p/s: nak baca ag crite2 cni, boleh wt modal cter kt anak2 kelak...


Assalamu alaykum wrmt.

Kagum dengan keperibadian srikandi ini, Cemburu dengan kekentalan dan keberanian ummu umara'.

jzkk akhi,smg pkongsian ilmu begini terus disuburkan.tabarakallah 'alayk~

ps: mungkin lebih ilmiah kalau dapat disertakan sekali sumber rujukan,nama kitab dsb.:)

wallahu a3lam.
Allah yuftah 'aleyk!


subhanallah!

kaget diri
kelu lidah

sungguh hebat beliau..
seolah2 x penah tau kisah ini..

rasa sgt kerdil diri ini..

btw, sape amar? ke amar tu adalah abdullah?


syukran atas keprihatinan "cemburu"..
ana terlupa untuk masukkan rujukannya sekali..dan rujukannya telah ana ambil daripada :
1.Al-Quran al-kareem
2.shohih bukhari
3.umm umara' - hamzah qassim
tha ideal of muslimah - Dr.Muhammad ali hashim
4.Mr."GOOGLE".hee
p/s:namun jangan terkeliru krn ada beberapa riwayat yang berbeza tentang kehidupan beliau..

utk pesanan :
syukran atas peringatan..sememangnya bila selesa dgn pujian manusia,hati kita bakal rosak binasa..moga2 dijauhkan ameen..

iyaa..sebarkanlah khabar kisah sahabiayah yg agung ini..biarkanlah masyarakat hatta anak2 kita sdr bakal menjejaki qudwah para sahabah/yiah

afra;
yup..ada sebuah riwayat kata nama abdullah itu amar..tp yg lebih rajih dan masyhur adalah abdullah..

rasailah dlm sanubari kita akan kemuliaan kepribadian sahabah/yiah moga mdpt kekuatan daripadanya..


Salam. To awiz,
Due to some inconvenience, I've changed my blog link (again). Hehe.. Sila jangan marah.. ^_*
http://beyondthepowers.blogspot.com/


mashaAllah masyaAllah.. this article made me cry, walaupun dah banyak kali baca tentang nusaybah ra. teruskan menulis .


AssaLamu'aLaikum, best cerita ni. Rasa terkesan d hati. Semoga Putriku akan menjadi 'Nusaibah' D ALAF INI, aMIN.


Mu'awwidz, blh x saya copy paste tulisan awak N sebarkan pada org lain?


mY pLayLisT


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..