M.A.T.I!! bukan mati akal bukan juga mati handpone tapi ini adalah mati yang memisahkan roh dan jasad...
iya bagi jiwa yang berjasad pasti akan merasai saat ini..pernahkah anda melihat orang mati?pernahkah anda berhadapan dengan saat kematiaanya??seram sejuk...berderau darah..itu kata mereka..anda??-tiada perasaan?hurm..
*hisablah diri kamu sebelum kamu didatangi ALLAH utk dihisabkan*-taubat selagi mana sempat-
namun pernahkah anda melihat orang hidup tapi seakan-akan mati jasadnya?, jangan pelik kerana orang semacam ini banyak dan terus melata. Walaupun ia benafas, makan dan minum tetapi jangan disangka riang dan seronoknya dusta kerana adanya jasad tetapi mati hatinya.kehidupan yang sebenar ialah kehidupan hati. Hati yang bangkit bersama temannya iman dan taqwa..hatilah tempat lahir ketakutan kepada Allah, bertawakkal, dan bergantungharap kepadanya. Inilah kehidupan.kehidupan yang senantiasa hidup dan subur dengan hati-hati yang gersang mendapatkan iman sebagai nakhoda.
Suatu hari Ibrahim bin Ishak-r.a- malalui sebatang jalan di pasar Basrah, lalu orang ramai mengkerumuninya dan mereka bertanya kepada beliau, wahai Abu Ishak kenapakah doa kami tidak dimakbulkan?. Beliau menjawab: kerana hati anda mati disebabkan sepuluh perkara:
Pertama: anda kenalAllahtetapi tidak menunaikan haknya
Kedua: anda sangka diri anda cintkan Rasulullah s.a.w.tetapi kamu maninggalkan sunnahnya
Ketiga: anda membacaal Qurantetapi tidak beramal dengannya
Keempat: anda makan nikmat Allah taala, tetapi tidak bersyukur kepadanya Kelima: anda mengatakan syaitan musuh anda sedangkan anda mengikuti jejak langkah mereka
Keenam: anda mengatakan syurga itu benar tetapi anda tidak berkerja untuknya
Ketujuh: anda mangatakan neraka itu benar tetapi anda tidak lari darinya
Kelapan:anda mengatakan MATIitu benar tetapi anda tidak bersedia untuknya
Kesembilan: anda bangkit dari tidur dan sibuk dengan keaiban orang lain anda lupa aib diri anda sendiri
Kesepuluh: anda mengebumikan orang yang mati dikalangan anda tetapi anda tidak ambil pengajarannya.
jadi apakah yang dikau cari dalam kehidupan ini??saat berbaki terus dengki dengan masa yang berlalu pergi..kau inginkan Sebuah kehidupan yang mewah dan bahagia??sedangkan kau dusta dalam pengabdian kepadaNYA... haaai sang durjana..!!
jangan kau lupa..ini adalah memorendum dari tuhanmu.. bisa kau ingat akan sejarah lampaumu..?? kau dicipta untuk ALLAH dan RASULNYA.. kau diberikan agama sebagai anutan.. alkitab sebagai pegangan.. dunia sebagai hamparan utk kau laksanakan ketaatan bukan menyinggah utk kau penuhkan dengan kemaksiatan
kenapa tunggu lagi wahai hati yang kering kontang.. kenapa tidak kau isikan dengan air keimanan.. kau basahi setiap saatmu dengan zikrullah dan amalan
bertaubatlah wahai insan.. jangan datang malaikat izrael baru kau kebuluran..insaflah diri ini sebelum kubur kata mari..
**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai.. قال تعالى : " وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد" “ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya” (surah Qaf, ayat 19)
this blog belongs to Mu'awwidz Al-ansori b. Dzulkefly,a student of Syariah islamiyah in AL-AZHAR UNIVERSITY of EGYPT. myself : finding da way of blessings trough da journey of "WAY FARER" my email : awiz.alan@yahoo.com