Find The Way..

ukhuwah itu indah..JOM RAIHKAN!

4:15 PM

IKLAN INI DICOPY PASTEKAN DARI

http://www.jalinanukhuwah.info/?p=296

Assalamualaikum sahabat sekalian…
Sudah merancang cuti musim panas tahun ini? Pastinya ramai yang sudah berkira-kira memanfaatkan cuti ini sebaiknya. Apa kata bersama kami di Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir – PMPI 2009? Kali ini dengan tema yang cukup menarik- “WARNAI HIDUPMU DALAM IKATAN PERSAUDARAAN. Anda berminat?

Tahun ini kita berkampung di Marsa Matruh! Salah satu kawasan pelancongan yang tersohor dengan keunikan pantai dan lautnya. Deruan ombak dan desir angin… kicau camar laut, pastinya memberikan kepuasan dalam kita mentadabbur kekuasaan Yang Maha Mencipta!

3 hingga 7 Julai 2009 (rakan siswa) & 6 hingga 10 Julai 2009 (rakan siswi) - kosongkan jadual cuti anda sepanjang tarikh itu dan pastikan bersama kami memanfaatkan cuti musim panas, beriadhah sambil berukhuwwah!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda – pelbagai permainan pantai, indoor games, Malam Pentas Budaya, Iron-Chef, Jelajah Matruh dan menarik tahun ini- sesi perkongsian dengan penuntut dari luarnegara, pastinya banyak yang ingin dikongsi bersama!

Semua itu dan banyak lagi dengan hanya LE 250. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera! Tempat adalah terhad!

sila saksikan : mereka telah pon beraksi dalam berukhuwah..


-Winter Camp KOREA 2009 -

Winter Camp Korea 2009 from Ammar Muhammad on Vimeo.


- jalinan musim luruh FAMSY -



-UK EIRE& MSD -



- Autumn Gathering MISSA-ISMA .AUS -


kini ISMA MESIR mengajak ANDA mewarnakan Ukhuwah itu bersama

AYUH!!


Kita jumpa di sana! =)

Read On 3 comments

bulan Allah untuk KITA..

3:01 PM




salamun aleykum wrh wbt

alhamdulillah masih di hidupkan lagi
fatrah kesihatan di uji telah pon berlalu namun renungan muhasabah perlu diisi
agar hati yang kering kembali basah menyuburkan baki harian kita

sedar tak sedar..bulan rejab telah berkunjung tiba..
rasa bertuah dalam diri menjadi syu'ur sang hamba yang kadang2 selalu sgt nk "take for granted" dlm nikmat yg berterusan dr Allah yg Maha Esa
*mogakan ku jadikan muhasabah yg lalu-perubahan buat diriku*

so,entri post kali ini cuba menguntai seri dalam membawakan kesegaran amal dalam bulan
yang dijanjikan Allah dgn seribu mcm fadhilat bagi hamba2nya MENCARI..


ketahuilah dan beringatlah,

الوقت هو الحياة

‘Masa adalah kehidupan.’

Betapa benarnya ulama’ tersebut tatkala beliau mengungkapkan kata-kata di atas. Masa lebih berharga dari emas, tidak mampu dijual beli dan tiada gantinya.

Detik masa akan sentiasa berlalu. Hari bertukar bulan, dan bulan bertukar tahun. Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama muhasabah diri, sejauh mana penghayatan kita terhadap sempena-sempena yang telah Allah sediakan untuk kita.

Bulan Rejab

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله يوم خلق السموت والأرض منها أربعة حرم

‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.’
At-Taubah : 36

Selain Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia, dimana diharamkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab dihiasi dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam. Bulan Rejab menjadi saksi kepada Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra’ Mikraj, Perang Tabuk, pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain.

Isra’ Mikraj

Peristiwa Israa’ Mikraj merupakan antara peristiwa yang paling istimewa dan luar biasa dalam hidup Baginda s.a.w. Beliau telah menjadi undangan Allah s.w.t. Dari Makkah ke Baitul Maqdis, dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, beliau telah dimuliakan dengan pertemuan langsung dengan Allah s.w.t, pada tempat yang mana malaikat sendiri tidak dapat hadir.

سبحن الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذى بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’
Al-Isra’ : 1

Luka kehilangan Abi Talib dan Khadijah masih merah di hati, tatkala Rasulallah dengan penuh harapan memilih untuk berdakwah ke Thoif. Alangkah sedihnya hati tatkala menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan oleh penduduk Thoif. Dalam pada itu, Rasulallah mengungkapkan kata-kata yang penuh bermakna;

إن لم تكن بك علي غضب فلا أبالى

‘Sekiranya engkau (wahai Allah) tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah.’
Betapa jelasnya Rasulallah s.a.w akan tugas yang dipikulnya. Beliau hanya penyampai dan Allah jualah pemberi hidayah. Para malaikat dan seluruh alam berkongsi kesedihan Rasulallah s.a.w, sehinggakan malaikat menawarkan untuk membinasakan penduduk Thoif.

Inilah suasana dimana berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj. Tatkala muslimin bersedih dan tertanya-tanya adakah masih ada sinar harapan untuk dakwah ini.

Allah telah memilih masa yang paling sesuai untuk menyeru kekasih-Nya. Pertemuan dengan Allah s.w.t telah mengubati kesedihan Rasulallah s.a.w. dan memberi semangat baru kepada Baginda.
Umat Islam telah dihadiahkan dengan kewajipan solat. Kewajipan utama yang bakal menjadi rahsia perpaduan dan kekuatan ummat Islam. Betapa pentingnya solat sehinggakan Rasulallah s.a.w sendiri naik ke langit untuk menerimanya, dan bukan melalui perantaraan Jibril seperti kewajipan-kewajipan yang lain.
Peristiwa Isra’ Mikraj juga menjadi petanda bahawa Islam akan menerajui tampuk pemerintahan dunia satu masa nanti. Dengan menyebut Masjidilharam dalam ayat pertama surah Al-Isra’, Allah telah menjanjikan Makkah untuk muslimin, sedangkan Kaabah ketika itu dipenuhi berhala. Perjalanan Rasulallah s.a.w yang aman dari Makkah ke Palestin juga menjadi tanda bahwa Islam akan menguasai tanah diantara kedua-duanya.

Perjalanan Rasulallah s.a.w ke Baitul Maqdis menjadi petanda akan kepentingan dan ketuanan bumi Palestin kepada umat Islam. Bumi yang menjadi rebutan dan sentiasa bergelojak ini akan hanya aman apabila muslimin kembali memerintahnya.

Rejab dan Ramadhan

Apabila tibanya bulan Rejab, Rasulallah s.a.w akan meningkatkan amalan beliau. Terutamanya puasa. Ini kerana Rejab merupakan titik tolak untuk menghadapi Ramadhan. Doa Rasulallah s.a.w ketika datang bulan Rejab;

اللهم باركلنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

‘Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukanlah kami (panjangkan umur kami sehingga dapat berjumpa) dengan Ramadhan.’

Apabila tiba sahaja Ramadhan, Rasulallah s.a.w dan para sahabat akan mengucapkan selamat tinggal sesama mereka. Beruzlah dan bermunajat, masing-masing berusaha untuk mencapai tahap yang tertinggi di sisi Allah s.w.t. Jelas kelihatan kesungguhan mereka, kesungguhan yang bermula daripada Ramadhan yang lepas, ditiupkan pada awal Rejab, yang akhirnya membara dan terus meningkat di bulan Ramadhan.

Syaaban menanti

Rejab yang bersejarah dan penuh dengan kebaikan ini akan pergi meninggalkan kita. Sedangkan kita baru sahaja berkenalan dengan Isra’ Mikraj, kepentingan Al-Quds dan perjuangan saudara kita disana.
Ramadhan al-Mubarak semakin menghampiri, malangnya kita masih belum mengorak langkah kearahnya. Puasa sunat kita masih longlai.
Adakah begitu malang nasib kita?
Sahabat yang dikasihi sekalian, ketahuilah bahawa pintu kebaikan sentiasa terbuka luas. Dan Allah tidak akan sesekali mensia-siakan amalan hambanya yang ikhlas.

إن الذين ءامنوا وعملوا الصلحات إنا لا نضيع أجر من أحسن عملا

‘Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.’
Al-Kahfi : 30

Pedoman yang diambil dari kealpaan yang lalu,
Lebih bermakna dari ilmu yang dibiarkan membisu.
Sekiranya pemergian Rejab itu ditangisi,

Semoga Syaaban yang bakal menanti menghiburkan hati.

Sedikit peringatan buat semua, Dalam keasyikan memburu cinta, Jangan lupa perjuangan mereka disana.

selamat beramal krn allah untuk allah

sebahagian karya ini dipetik dr isma web
sbg perkongsian bersama

Read On 0 comments

is it just for today huh??

12:47 AM
salam..
today..wats so special..
emmm...having picnic..outing all over
yup..why not..its your dad ofcoz


but wat make it very special..
*thinking*
i see..it is....................................

i wonder and i always wonder..

when everyone is sharing da best moment with their own dad..
i can only just send this as a gift to show my LOVE and my respect to you AYAH

and is it fair enough??
*sob sob sob*

i hope i shall meet him soon
as da inspire of da great daddy i ever had

with a simple wish

HAPPY FATHER'S DAY AYAH!!

miss you with LOVES
i'll pray for your best of da best

keep it up as da voice of ummah kept to call you..


ayah in smile =)



with IBU- miss her so much too



latest pic in egpyt - feb/2009


watch this,i shud share da feelings :



وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.

because it shudnt be only for today rite...think bout it
Read On 0 comments

hadith pilihan minggu ini :kerana mulut badan binasa,kerana lidah..??

6:21 AM

apakah monyet ini dilatih untuk menjelirkan lidahnya atau ia sudah menjadi tabiatnya??

namun kita mungkin tertawa melihatnya..
gambar hiasan ini cuba memahamkan pembaca
"terhadap kroniknya lidah orang yang berakal
"

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من كان يؤمن بالله واليوم الاخر
فليقل خيراً أو ليصمت , ومن كان يوم بالله واليوم الاخر فليكرم جاره , ومن كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليكرم ضيفه

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.

[Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

salamun salam..entri pilihan hadith minggu ini cuba menyoroti teman2 dengan pemfokusan daripada matan hadith :

فليقل خيراً أو ليصمت

nampak mudah dan lazim didengari bukan?tapi apakah ma'ani yang anda boleh ambil sebagai aplikasi daripada matan hadith di atas??sebagai permulaan sy akan cuba menguraikan ia agar difahami...:bismillahirrahmanirrahim..

Kalimah “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, itu membawa maksud adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari adzab Allah dan membawanya mendapatkan ridha Allah, “maka hendaklah ia berkata baik atau diam” karena orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu dia takut kepada ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-gerik seluruh anggota badannya karena kelak dia akan dimintai tanggung jawab atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah :

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. (QS. Al Isra’ : 36)


Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya”.


Beliau juga bersabda :
“Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Barang siapa memahami hal ini dan beriman kepada-Nya dengan keimanan yang sungguh-sungguh, maka Allah akan memelihara lidahnya sehingga dia tidak akan berkata kecuali perkataan yang baik atau diam.

Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah”. Dalam hal ini maka perkataan yang w.pon mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi Karena takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi pada manusia baik seorang ulama',profesional atau pon sesiapa pon..
Allah berfirman :
“Apapun kata yang terucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS.Qaaf : 18)

Adapun sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam “maka hendaklah ia berkata baik atau diam” , menunjukkan bahwa perkatan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Demikian itu karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sabdanya menggunakan kata-kata “hendaklah untuk berkata benar” didahulukan dari perkataan “diam”. Berkata baik dalam Hadits ini mencakup menyampaikan ajaran Allah dan rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum muslim, amar ma’ruf dan nahi mungkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih, berkata yang baik kepada orang lain. Dan yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.

sekilas pandang,rupa-rupanya lidah yang tidak bertulang ini banyak sekali musibahnya jika tidak benar-benar dikunci daripada terus rakus memakan diri..

sebenarnya TUJUAN di sebalik penulisan yang tidak seberapa ini cuba menyedarkan pembaca terhadap kroniknya isu "apabila semua berhak bercakap"..maka akan ada kesan yang tidak senang malah menjelikkan dan memalukan..saya percaya pastinya teman-teman di luar sana bisa berhadapan dalam situasi sebegini,maka tidak dapat tidak perlu diketahui hak untuk bercakap itu memang tiada penafiannya tetapi apabila ia sudah didasari tanpa adabiyyat berpendapat dalam perkara2 khilaf..maka itulah penyakitnya yang perlu dirawat segera!!

sengaja untuk menyingkap kembali wasiat Asy-Syahid Hassan Albanna dalam cuba meniliti ANCAMAN seorang kader dakwah itu dalam menjaga lisannya sahaja ada 4 iaitu :

Jangan Banyak BERDEBAT - Sebenarnya bukanlah Hasan al-Banna tidak menggalakkan debat.Tetapi hampir kesemua debat ini lebih banyak mengundang parah dan bahaya perpecahan. Sebabnya, pihak yang berdebat itu tidak berbahas dengan ikhlas, berhikmah, beradab dan intelektual.

Mereka mungkin tak menjaga lidahnya daripada memaki hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan semua ini akan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dan akhirnya akan menimbulkan pertengkaran yang berakhir dengan perpecahan.

Apabila berlaku lebih banyak perpecahan, maka yang untungnya adalah golongan kuffar yang sentiasa mengintai kelemahan dan meneropong pekung dalaman umat Islam sendiri. Dan, retak-retak perpecahan itulah yang melambatkan kemenangan dakwah Islam.

JAUHI BICARA AIB orang lain -Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Sepotong hadis sbg renungan,Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

jangan banyak bergurau dan ketawa - Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram :Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).

elakkan bercakap nyaring - Percakapan yang nyaring dan terlebih kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri."Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19].Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

maka pada akhirnya di manakah betul dan silapnya kita kalau lisan tidak mampu mengotakan pada amal fardi dan amal dakwi masing-masing..??

berhentilah seketika merenung HATIsebagai tasdiqnya IMAN,LISAN sebagai taqrirnya FAHAM,dan ANGGOTA sebagai amalnya IKHLAS..


CUKUPLAH MENAMBAHKAN DOSA KERANA PERBUATAN SEDAR DIRI SENDIRI..DAN JANGAN BIARKAN IA BERTAMBAH PARAH LAGI..

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa menaati Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar”(QS al-Ahzab: 70-71)

"فليقل خيراً أو ليصمت"
Sekadar coretan buat renungan bagi mereka yang mahu berfikir...
Read On 4 comments

hadir dan pergi...itu pasti..!

7:38 PM
Kaherah 10 Jun, Rabu - Satu nahas jalan raya telah berlaku di kawasan Suez pada hari semalam yang melibatkan 5 orang pelajar Perubatan Universiti Kaherah. Kejadian diberitakan berlaku pada petang semalam ketika pelajar tersebut dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari 'Ain Sukhnah, Suez. Pelajar-pelajar yang terbabit adalah Ammar Zulkifli, Fitri Tukiran, Saif Jamaluddin, Abd Rahman Ramdzan dan Akram Abdul Kadir dan masing-masing sedang menuntut di tahun tiga dalam jurusan yang sama.

Pelajar yang maut adalah Ammar Zulkifli berasal dari negeri Pulau Pinang dan dan tiga rakan yang lain, cedera. Pemandu mereka, Saif Jamaludin apabila ditemui, dalam keadaan stabil dan masih dalam keadaan trauma. Dua lagi rakan yang cedera adalah Abdul Rahman Ramdzan, telah sedarkan diri dan seorang lagi, Akram Abdul Kadir, masih belum sedarkan diri.

Kejadian itu difahamkan kereta yang dipandu itu, hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar tebing jalan. Pelajar yang maut tersebut, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kehilangan banyak darah dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Setakat ini, mangsa yang cedera masih lagi dirawat di hospital di Kaherah.

********************************

alhamdulillah allahyarham sudah pon selamat dikebumikan ke pangkuan tuhanNYA di bumi malaysia..

video ini sebagai tanda rasa kasih dan mahabbah w.pon diri ini tidak punyai peluang untuk mengenali arwah..kalaulah hujan menitis membasahi bumi,di kalangan manusia pula menangisi pemergian seorang rajulun soleh..

semoga tenang disisi tuhanNYA dan kekal menanti pertemuan kita yang kekal abadi



"ALLAHUMMA AGHFIR LAHU WAR HAMHU WA A'FIHI FA'FU'ANHU"

p/s : saya baru tahu..rupa2nya arwah pernah menjadi

junior di sekolah ren islam AMAN kelantan,

tapi xtahulah sempat ke xsempat.huu

..Allah a'lam minna..

Read On 2 comments

3D - Dekat Dalam Doa

6:07 AM

salam

di kejauhan ini..
apa yang bisa ku serahkan melainkan hanya doa dan harapan
kepada NYA

**********************************

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".




12hb jun 2009
menjadi saksi di atas dua insan yang cukup istimewa
perkahwinan yang direstui kedua ibubapa
menemukan Kauthar dzulkefly dan YAHYA - Giovanni galuzzo

sekitar program pada majlis malam tersebut..


beberapa gambar yang dapat dikongsikan..



special presentation by da groom..reciting da tafsir of surah al-kauthar




they are now husband and wife..






wayfarers are ready...


ya rabbi bil mustofa~





sweeeeeet~


http://cyanamoose.fotopages.com/

and i'm really really glad and thankfull=)


ok lastly..attempt from da 1ST VERSE PRODUCTION(moose's)..


BARAKALLAHU LAKUMA WA BARAKALLAHU 'ALEYKUMA WA JAMA' BAINAHUMA FIL KHEYR

**********************************************
dari jauh datang ke hati
inilah hadiah yang mampu ku beri
buat kakakku dan giovanni ..

Kehidupan Baru

bila diri ini dirindui...



biarpon jauh
tetap Dekat Dalam Doa (",)




الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة
“Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah perempuan yang solehah” (Hadith Sahih Riwayat Muslim, Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).
Read On 1 comments

cOuNTdoWn...3...2.....

8:38 AM

guest who is it??




announcing

my sista : Kauthar Dzulkefly

are going to have their wedding celebration
with her new "wayfarer" :

YAHYA - GIOVVANI GALLUZZO


with a doa from a hadith :
BarakAllahu Lakuma wabaraka Aleykuma wajama baynakuma feel khayre


May Allah (SWT) place Love and Mercy between your hearts and make you and your wife amoungst the (blessed) couples walking through the gates of Junnah.
AMEEN..

p/s ; nak pulang...huuuaarghh!!


Read On 4 comments

ia makhluk yg hebat!!

8:53 AM
salamun salam..
alhamdulillah kitaran kehidupan berlansung spt yang direncanakan
exam pon dah tamat..badan pon masih penat-penat..
iya..yang dicitakan mahu menggarapkan setiap waktu dalam ketaatan kpd NYA
ibadah itu satu kemestian..ikatan ukhwah menjadi sandaran pembuktian..bakinya??bukan hanya dibuktikan pada amalan namun kosong dalam pengabdian bahkan serlahkan ia dalam ketundukkan keinsafan bersama penghayatan..

***************

entri kali ini adalah sebuah entri perkongsian peribadi..(tak la peribadi sgt.hee)tetapi catatan diari milik diri ini rasanya sesekali mahu juga dikongsikan bersama agar dijadikan perkognsian yang boleh dimanfaatkan..

kisah ini berlaku pada detik permusafiran kami(syamil-munawar-ihsan dan saya) 2 minggu sebelum exam musim panas di sebuah kampung nuuuuuuuun jauh di sana (ibusyuwai almalaq)..kalau dah sampai siberbay,Tanta kt kawasan umah kitrg..area nih lg stret ke dalam..ok..hajat ke sana cuma berziarah..tidak menyangka niat yg baik telah mendatangkan sejuta kepuasan-rohi dan mahabbah

selain dari ziarah ke rumah kwn2 arab di sana..ada la juga sempat beraktiviti spt riadhah,perkongsian thaqafi dan 'amali...dan yang paling menarik adalah..kami telah meLEBAH-LEBAHkan diri sdr..hehe...apakah itu??ikutilah slot menarik ini di MANHAL- isim makan bg annahlu-iaitu LEBAH

anda tahu ini??

ahaa...saya pon tak pasti apa kenama bende ni
yang pasti slot2 kayu ini menjadi perumah bg lebah
dan disitulah pemproses MADU berlaku!!

jom kita lihat dgn mata sdr.best2 =)

mahmud(kwn arab) kata kene pakai "BAJU KHAS"...

awiz :susah benor nak pakai..xde ke yg ana butang ke zip ke etc..

ok syamil dan ihsan da siap pakai..

ihsan : ko yakin ke kite mg xkene sengat ngn lebah ni syamil??
syamil : ko kene yakin ngn aku.. ;P,nak lagi yakin cube ko tanye awiz..




awiz :haaa nak yakin ye?? ko duk diam2 ihsan..meh cni aku try bagi sekali..
ihsan : woii..sinilah klu berani..
woOOo..ni ape kes lak nih??..dah2..selingan ja.huhu


ok..beginilah MANHAL (tempat penghasilan MADU lebah- arab style...)


kayu-kayu lama yang kemas tersusun

mari kita lihat apa yang ada di dalamnya..


SUBAHANALLAH..takjub dengan ciptaanNYA..



mahmud menceritakan bagaimana prosesnya berlaku


munawwar: pergh..banyak tuh..lepak je arab nih..cube ko try pegang awiz~
awiz : eh aku plk nk pegang..ko la pegang.geli aku.haha..


panjang lebar penerangannya..sangat menakjubkan
sampaikan munawwar pon xnak bukak baju khas ni :D

sesi da tamat..last pose

tapi budak sikenit arab nih jugak yang best jadi kenang-kenangan

fuad(anak saudara mahmud suke berkata) :mashi(okey2)..mashi..angguk..mashi..mashi..haha

***************************

alhamdulillah..begitulah sedkit pengalaman di negara orang yang saya pasti tak ramai dari kalangan pelajar2 mesir yang datang sini dapat merasai pengalaman semanis ini..so apa kaitannya pulak dengan entri kali ini?? =)

fa'tabiruu ya ulil absor(maka ambillah iktibar buat mereka yang celik)..
benarlah kata ALlah ta'ala..siapakah di antara kita yang benar2 menghayati atas setiap penciptaan ini kalau bukan kita yang celik lagi mengimani...

Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, apapon peranan dan tugas yang dilakukan akan selalu membawa manfaat dan maslahat bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)

Sekarang, saya mengajak anda cuba bandingkanlah apa yang telah dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan seorang mukmin,

seperti berikut ini:


1.Hinggap di tempat yang bersih dan menyerap hanya yang bersih,

Lebah hanya akan hinggap di tempat-tempat yang menjadi pilihannya.berbeza dengan lalat. Serangga yang pasti akan ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih lainnya yang mengandung bahan madu atau nektar.

--Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

kaitannya, jika ia mendapat amanah dia akan menjaganya dengan sebaik-baiknya. Ia tidak akan melakukan rasuah, pencurian, penyalahgunaan wewenang, manipulasi, penipuan, dan dusta. Sebab, segala kekayaan hasil perbuatan-perbuatan tadi adalah merupakan khabaith (kebusukan).


2.Mengeluarkan yang bersih.

Siapa yang tidak kenal madu lebah. Semuanya tahu bahwa madu mempunyai khasiat untuk kesehatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Dia produktif dengan kebaikan, bahkan dari organ tubuh yang pada binatang lain hanya melahirkan sesuatu yang menjijikan. dan yang terbaru ditemukan pula produk lebah selain madu yang juga diyakini mempunyai khasiat tertentu untuk kesehatan:air liurnya!

--Seorang mukmin adalah orang yang produktif dengan kebajikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas tidak merujuk kepada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual telah diguna pakai dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.

--begitu juga dengan sifat seorang mukmin..Segala yang keluar dari dirinya terpancar dengan kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyusahkan orang lain bahkan membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi ramai manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.


3.Tidak pernah merosakkan

Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosakkan atau mematahkan ranting yang dia hinggapi.

--Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakkan dalam hal apa pun: baik material maupun nonmaterial. Bahkan dia selalu melakukan perbaikan-perbaikan terhadap yang dilakukan orang lain dengan cara-cara yang tepat. Dia melakukan perbaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu. Jika kerosakan terjadi akibat korupsi, ia memberantasnya dengan menjauhi perilaku buruk itu dan mengajukan koruptor itu ke muka pengadilan.


4.Bekerja keras

Lebah adalah pekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal.

--Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras? “Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7).

--Kerja keras dan semangat pantang kendur itu lebih dituntut lagi dalam upaya menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai yang mencintakan keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya “dirugikan” dalam upaya penegakkan keadilan.


5.Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan

Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengundang teman-temannya agar membantu dirinya.

--Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)



6.Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu

Lebah tidak akan memulakan sengatan serangan. Ia akan hanya akan menyerang apb terganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang.

--Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.hubungannya dengan lebah adalah sengatannya pasti menakutkan musuh..tetpai lihatlah peribadi lebah itu..tidak semudah2 "memakan" mangsanya..

namun kita memiliki senjata yang paling updated dan hebat tetapi apakah kita harus menjadi seseorang yang angkuh, sombong. gunakanlah kehebatan dan kemahsyuran itu pada tempatnya.hubungan kita dalam penghormatan terhadap diri kita pula sentiasa perlu menjadi pertimbangan utama atas dasar ukhuwah kerana ALLAH..bukan pertelingkahan dek kerana kebencian peribadi habis semua percaturan hilang pergi.


begItulah beberapa karakter lebah yang sgt unik dan hebat diciptakan ALLAH... SUBHANALLAH..bukan manusia yang tercipta sahaja mampu menjadi role model pd kita..tetapi setiap yang diciptakan apabila direnung2kan pasti bakal menjadi inspirasi buat setiap insan yang celik hatinya..

makanya apakah yang lebih baik diikuti oleh orang2 yang beriman jika bukan renungan sunnatullah pada setiap makhluk yang diciptakan. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.

renungkan di setiap penjuru hidupmu..pasti ada hikmah dan rahsia penciptaannya..subhanallah.. wallahu a’lam.

Read On 7 comments

mY pLayLisT

"Allah = Way Out of Solution"

"Allah = Way Out of Solution"
this blog belongs to Mu'awwidz Al-ansori b. Dzulkefly,a student of Syariah islamiyah in AL-AZHAR UNIVERSITY of EGYPT. myself : finding da way of blessings trough da journey of "WAY FARER" my email : awiz.alan@yahoo.com

non-stop :


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..