Find The Way..

hadir dan pergi...itu pasti..!

Kaherah 10 Jun, Rabu - Satu nahas jalan raya telah berlaku di kawasan Suez pada hari semalam yang melibatkan 5 orang pelajar Perubatan Universiti Kaherah. Kejadian diberitakan berlaku pada petang semalam ketika pelajar tersebut dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari 'Ain Sukhnah, Suez. Pelajar-pelajar yang terbabit adalah Ammar Zulkifli, Fitri Tukiran, Saif Jamaluddin, Abd Rahman Ramdzan dan Akram Abdul Kadir dan masing-masing sedang menuntut di tahun tiga dalam jurusan yang sama.

Pelajar yang maut adalah Ammar Zulkifli berasal dari negeri Pulau Pinang dan dan tiga rakan yang lain, cedera. Pemandu mereka, Saif Jamaludin apabila ditemui, dalam keadaan stabil dan masih dalam keadaan trauma. Dua lagi rakan yang cedera adalah Abdul Rahman Ramdzan, telah sedarkan diri dan seorang lagi, Akram Abdul Kadir, masih belum sedarkan diri.

Kejadian itu difahamkan kereta yang dipandu itu, hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar tebing jalan. Pelajar yang maut tersebut, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta kehilangan banyak darah dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital. Setakat ini, mangsa yang cedera masih lagi dirawat di hospital di Kaherah.

********************************

alhamdulillah allahyarham sudah pon selamat dikebumikan ke pangkuan tuhanNYA di bumi malaysia..

video ini sebagai tanda rasa kasih dan mahabbah w.pon diri ini tidak punyai peluang untuk mengenali arwah..kalaulah hujan menitis membasahi bumi,di kalangan manusia pula menangisi pemergian seorang rajulun soleh..

semoga tenang disisi tuhanNYA dan kekal menanti pertemuan kita yang kekal abadi



"ALLAHUMMA AGHFIR LAHU WAR HAMHU WA A'FIHI FA'FU'ANHU"

p/s : saya baru tahu..rupa2nya arwah pernah menjadi

junior di sekolah ren islam AMAN kelantan,

tapi xtahulah sempat ke xsempat.huu

..Allah a'lam minna..

2 comments:

video ni sgt menyentuh.


bukan sahaja menyentuh..tetapi seolah2 video yang membawa kita agar turut merasai detik kematian..
sangat sedih dan tragik..
semoga Allah memberi ketabahan pada ibunda dan keluarga saudara ammar..
Mudah2an rahmat Allah, masih dilimpahkan utk kita semua..

p/s : Rasa sgt berdosa..detik kematian..hm..Allahhummakh timlana bi husnil khotimah wala takhtim 'alaina bi suilkhotimah..amin..sebagai pesanan utk diri dan sahabt2..org yg bijak adalah org yg sentiasa mengingati kematian..


mY pLayLisT

"Allah = Way Out of Solution"

"Allah = Way Out of Solution"
this blog belongs to Mu'awwidz Al-ansori b. Dzulkefly,a student of Syariah islamiyah in AL-AZHAR UNIVERSITY of EGYPT. myself : finding da way of blessings trough da journey of "WAY FARER" my email : awiz.alan@yahoo.com

non-stop :


whats up Palestin

whats up in Harakah

Followers

you are in..!

Egypt Top Blogs

from zero to..