“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.”
Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun realiti hari ini mengiyakan akan kewujudan ramainya "anak-anak tanggang yang kini dengan pelbagai versi" yang menderhakai ibu bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua..ketahuilah,Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu.
Terdapat satu hadith yang masyhur diketahui oleh ramai orang iaitulah:
atau pon dalam sebuah hadith yg lain iaitulah hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]
kewajipan berbuat baik,taat,baik dalam tutur kata
Bentuk manifestasi yang boleh dianjurkan adalah perasaan syukur dengan luahan amal yaitu KETAATAN dan LEMBUT DALAM TUTUR KATA spt dalil yang terdapat dalam surat Al Israa' 17:23
Bahkan didalam suatu hadith yang Sahih Rasulullah saw bersabda:
(Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam sunannya, dinilai sahih oleh al-Bani)
bentuk manifestasi yg seterusnya adalah selalu mendo'akan kedua orang tua
Do'a adalah ibadah, yang harus dilaksanakan sesuai aturan Allah swt., Do'a anak yang shaleh, Jika anak berusia sebelum/sampai umur 40 tahun:
QS Al Isra' 17:24:
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
makanya kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa. Memelihara ibu-bapa yang sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. hanya anak yang benar2 sedar dan ikhlas sahaja akan terus mendampingi ibubapanya w.pon dihimpit dgn pelbagai urusan dunia..tapi ia bukanlah menjadi alasan untuk menjarakkan diri pula dengan mereka..apalah sangat bertanyakan khabar berita sekiranya berjauhan dan apalah ertinya berbumbungkan rumah indah tapi hubungan antara mereka punah..ingatlah Rasul s.a.w mencela umatnya yang berlaku sombong terhadap ibubapa mereka sendiri.
10hb menjadi sambutan masyarakat malaysia untuk sambutan hari ibu..hukum yg rajih dikeluarkan ulama' masa kini ianya *HARAM.well boleh baca note di bawah untuk penjelasan selanjutnya..cumanya apakah kerana satu hari yang dikatakan istimewa ini menjadi kelaziman kita untuk "mengintai-intai" kelibat mereka..apa jadi dengan 364 hari yang berbaki ini??apakah cukup dengan hanya 1 hari??..maka ulama' bersepakat 365hari itu WAJIB ke atas ibubapa kita..dan ia mendahului 1hari di hari perayaan ini..
wajib 365 hari = itulah sambutan hari ibu & bapa
untuk itu KHAS BUAT IBUKU yang tercinta AZLIN BT HJ HEZRI..bersama untaian kasih dan pautan doa ku tadahkan untukmu agar dirimu selalu segar dalam pengabdian,tenang dalam kesibukan,tabah dalam rintangan,berkat dalam perjuangan..bersama dikepilkan sebuah lagu dan lirik khas utk ibu :
awez and aiman-arraid
ketika aku dibelai
kasih sayangmu terindah
kau tersenyum bila melihat diri ini
kini ku telah dewasa
kasih dirimu tak berbelah bagi
hanya pada diriku
seharum bunga indah
perlukanmu itu sayang
bak awan biru melindungiku
hanyalah kasihmu yang ku perlu
tiada duanya untuk ku bandingkan darimu
hanyalah kasihmu oh ibu
biarlah bersemadi dalam hati buat selamanya
ooo
kau tak ternilai bagi diriku
kesungguhanmu mendewasakanku
andai semua berpura-pura
sinarmu hilang selamanya
lagu asal : u-turn
dinyanyikan semula :BURN AF
*salam kasih dan sayang buat ibu yang sentiasa dirindui..
dari anakmu yang kadangkala nakal dan mcm2 kerenahnya
ampunkan diri ini ,semoga kau meredhoi anakmu ini
kirim salam ayah juga,takut ayah plk yg jeles nanti.ngee~
sentiasa dekat di hati
TANTA,MESIR
awez
"barang siapa yang menyerupai(mengikut jejak langkah) kaum musyrik,maka dia tergolong di dalam golongan mereka".(hadis riwayat bukhari dan muslim)
Rasulullah SAW telah bersabda lagi:
"mafhumnya :Barangsiapa membuat sesuatu yang baru dalam urusan kami (dalam Islam) yang tidak terdapat (tuntunan) padanya, maka ia tertolak
Yakni ditolak dan tidak diterima di sisi Allah. Dalam lafazh lainnya disebutkan,
"Artinya : Barangsiapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan maka ia tertolak..
2.Suka ana tekankan ini soal khilaf..Namun,pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya HARUS. Banyak masjid dan badan NGO di malaysia turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis fatwa dan badan ulama akan mengeluarkan pernyataan untuk menegur masyarakat Islam.
Alasan-alasan keharusannya, di sisi saya, ialah:
1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melalui proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.
2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.
3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur "romen-romen" dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.
4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.
so kesimpulannya..ana memandang kira bila dikatakan HARUS bukan bermakna mesti buat atau afdal dibuat. dalam islam memanglah berbakti pada ibu tak perlu tunggu hari perayaan dan seorg muslim yg baik sepatutnya tak memerlukan hari ibu utk berbakti pada ibunya kerna cukup al-quran dan hadis nabi sebagai sumber motivasi.
tapi adakah bermakna jika seorg tu nak menghargai ibunya pada hari ibu, salah dalam islam atau haram? bagi saya tidak kerna hukumnya harus. alasannya telah dijelaskan tadi.
hanya kerna sesuatu itu dimulakan oleh org bukan islam tak bermakna semestinya ia adalah dilarang. dari manakah bermulanya sambutan hari asyura? tidakkah ia bermula dari tradisi org yahudi yg kemudiannya diendorse oleh nabi?
kalau nak buat hari lain, tu terserah masing-masing.
QOWAIDUL FIQH mengatakan "AL-UMUR BIMAQASIDIHA" - hukum sesuatu perkara bergantung pada niat dan tujuannya.. kira macam tepuk dada tanya imanlah :) dan kaedah ni, pada saya, sesuai bagi persoalan ni.
wallahu a'lam..moga2 dijauhkan dari fitnah ilmu..hanya sekadar pendapat untuk direnung dan dikongsi bersama..jika ada pandangan lain..ana terbuka untuk dibincangkan lebih lanjut lagi..
May 9, 2009 at 9:24 AM
hoh.. sedih2... kena letak lirik ni. tak dgr la ape benda kamu nyanyi.. tp sedap2.
May 9, 2009 at 12:17 PM
er..snanye..sy xbape hafal lirik nih..main nyanyi je..hehe..
tp i.allah ana akan try masukkan liriknya ;)
May 9, 2009 at 12:53 PM
syahdu...
May 9, 2009 at 1:41 PM
nice bro.. keep it up..
May 10, 2009 at 7:28 AM
but i love the way u explain it. ernm fahamlah saya pasal hukum hari ibu ini.
saya dan ibu saya (bukan ibu awak) ada chemistry. bukan saja saya dapat DNA dari dia, tapi dapat macam-macam dari dia. jangan dengki!
May 10, 2009 at 5:13 PM
alhamdulillah..
ilham malam mothers day AQIB~
Lagu nih lebih kpd feel..lirik pon main hentam..so harap mintak ya..
anyway thanx for da comment..
Post a Comment